Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PRODUK MAKANAN HALAL TAIWAN KINI DI MALAYSIA

PELAJAR MALAYSIA BERSAING UNTUK KEPUJIAN TERTINGGI DALAM PERTANDINGAN MEMASAK MENGUNAKAN PRODUK HALAL DARI TAIWAN

Berikutan sambutan yang mengalakkan terhadap Pertandingan Memasak Halal Taiwan tahun lepas, Majlis Pembangunan Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) telah ditugaskan oleh Biro Perdagangan Luar Taiwan untuk menganjurkan Pertandingan Masakan Halal Taiwan yang ke 2 semasa Taiwan Expo 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Pertandingan memasak tahun ini diadakan pada 26 Ogos 2023 yang lalu dan penganjur telah meningkatkan cabaran dengan menawarkan pelbagai bahan baru. Pada tahun sebelumnya pertandingan memberi tumpuan kepada pengunaan dating tumbuhan halal sebagai bahan utama, bagi tahun ini pengajur telah  menyediakan rangkaian makanan yang lebih luas. Rangkaian bahan yang lebih luas ini memberikan lebih banyak peluang kepada peserta untuk meneroka pengunaan produk halal Taiwan dalam mencipta rasa menarik yang berbeza dan mempromosikan makanan Taiwan berkualiti tinggi kepada lebih ramai penguna di Malaysia.  


Sama seperti tahun lepas, pertandingan tahun ini juga melibatkan barisan bakat muda. Peserta dari Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) serta Jabatan Perkhidmtan Makanan dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM) akan bersaing untuk gelaran juaga. Juri yang dijemput ialah Datuk Chef Master Mohd Johari Edrus, selebriti antarabangsa dan Chef Riz Reds iaitu Chef yang memenangi anugerah Michelin BIB Gourmand. 

 

Bahan bagi pertandingan tahun ini terdiri daripada 25 bahan halal daripada 10 syarikat di Taiwan. Bahan termasuk salad makanan laut dari YENS, stik halibut dan tuna tin serta kepingan rumpai laut dari Huikun. Bahan berasaskan sayuran pula  serunding daging began daripada No Meating dan diet sayur labu dari King Kung. Biskut beras dari Dong Yuan dan kerepek ubi dari K.K. Orchard. Bagi sos dan perasa, terdapat sos istimewa dari Pao Chung, madu matang dari Dudujia Honey, sos wasabi dari S&G, serta laruran garam dan rempah ratus dari Jofont. Ianya memupuk daya kreativiti bakat muda bagi menghasilkan 2 hidangan dari semua bahan produk halal Taiwan yang telah disediakan. 


Dan inilah keputusan, tahniah buat juara dan semua!


⚫Pemenang Pertama - dari UPM Kumpulan Taste Titan 
Anugerah Exquisite Taste membawa pulang RM1000 cash + Taiwan Halal Center Chef Cap Taiwanese Product 

⚫Pemenang Kedua - dari UPM Kumpulan Dodelicious
Anugerah Excrllent Taste membawa pulang RM700 cash + Taiwanese Product 

⚫Pemenang Ketiga - dari UMK Kumpulan Makey'Wey
Anugerah Exceptionally Taste membawa pulang RM500 cash + Taiwanese Product 

⚫Pemenang Keempat - dari UMK Kumpulan Rosmarinus Officinalis
Anugerah Flavorful Taste membawa pulang RM200 cash + Taiwanese Product


Selain peluang menyaksikan pertandingan masakan ini, hadirin juga dapt merasa teh tembikai musim sejuk dari Forever Sweety (Lao Tao Ke), teh susu Shih Chen 3:15pm, minuman badam akar teratai dari King Kung dan sampel minuman enzim Biozyme.

Peggy Lim, Timbalan Pengarah Eksekutif Jabatan Pemasaran Strategik adalah tetamu kehormat bagi pertandingan ini dan telah menyampaikan anugerah kepada semua pemenang. 

Penganjur berharap pdouk makanan halal Taiwan akan menjadi popular di Malaysia pada masa depan. PRODUK MAKANAN HALAL TAIWAN KINI DI MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you