Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

AS-SAFINAZ MARDHIYYAH HOTEL & SUITES AKAN MEMBUKA TIRAI KEPADA TETAMU

Terletak di tengah bandaraya Shah Alam, Mardhiyyah Hotel & Suites telah membuka tirai untuk mengumumkan pembukaan aras eksklusif, As-Safinaz. Hanya beberapa minit dari Kuala Lumpur, konsep mewah As-Safinaz ini menawarkan servis hospitaliti tempatan yang baik dengan penuh ketelitian yang ekslusif. As-Safinaz yang terletak di aras 17, 18 dan 19 hotel memberi kemudahan tambahan yang dilengkapi dengan fasiliti lebih istimewa. Serikan hari anda dengan kenangan bersama Mardhiyyah Hotel & Suites di samping dijamu dengan pemandangan bandaraya Shah Alam.
 
 
KEISTIMEWAAN AS-SAFINAZ @18 LOUNGE
 
Bagi mereka yang mencari ruang istirehat yang eksklusif lagi moden, tetamu boleh mendapatkan layanan terbaik, di mana kemewahan dan juga nilai-nilai Islam dan perjalanan kulinari digabungkan dalam satu bentuk yang sempurna.

Tetamu akan menikmati pemandangan matahari terbenam yang mempesonakan, Taman Tasik Shah Alam yang tenang dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mempesonakan serta keramahan rakyat Malaysia.
 

Untuk mencipta suasana eksklusif, As-Safinaz @18 Lounge membuka tempahan penginapan tetamu diperingkat umur 12 tahun ke atas.

Selain itu, bagi mengekalkan privasi untuk para tetamu, As-Safinaz menyediakan ruangan sarapan di As-
Safinaz @ 18 lounge antara 6.30 pagi hingga 10.30 pagi. Dengan keistimewaan untuk mengakses As-
Safinaz @ 18 Lounge, tetamu akan menikmati beberapa kemudahan yang disediakan, perkhidmatan
daftar masuk dan daftar keluar, minuman semasa ketibaan dan daftar keluar lewat atau daftar masuk
awal percuma (tertakluk pada ketersediaan)
 

 
As-Safinaz yang lengkap dengan pelbagai kemudahan menawarkan diskaun 50% untuk perkhidmatan dobi& menyeterika sepanjang penginapan. Tetamu As-Safinaz juga akan menerima kemudahan bar mini
percuma dan hidangan kopi & teh selain turut menyediakan hors d’ oeuvres sebelum makan malam yangdisediakan dari jam 6.30 petang hingga 8.30 malam.
 

Mardhiyyah Hotel & Suites telah diperakui oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan
melalui Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai Penginapan Mesra Muslim (MFAR) dalam Kategori Platinum. Kategori platinum MFAR diiktiraf sebagai hotel berkonsepkan Mesra Muslim dengan
kelengkapan dan kemudahan patuh syariah. Sebagai ciri pelancongan mesra Muslim, ia mempunyai restoran yang disahkan halal oleh JAKIM.

Selain itu, Mardhiyyah Hotel & Suites telah dinilai dan mematuhi keperluan Universal Crescent Standard Centre (UCSC) Islamic Quality Standard For Hotel dengan penarafan 7IQS. Hotel ini memenuhi kriteria untuk memiliki Muslim Chef (untuk memastikan pengetahuan halal toyyiban dalam penyediaan
makanan), Penasihat Syariah dan mempunyai Jawatankuasa Halal.

Hotel bertaraf 5 bintang ini turut mendapat pengiktirafan sebagai Hotel Terbaik Mesra Muslim di Halal in Travel Awards anjuran Crescent Rating bersempena dengan Halal in Travel Global Summit 2022 di Singapura.




No comments:

Post a Comment

loving me..loving you