Heyy..siapa nak pergi langkawi boleh lah cuba penginapan baru LANGKAPURI INN di Pantai Cenang, Langkawi. Sekarang kan, kolin memang tak suka pergi hotel lama, perabot lama, katil lama, tilam lama semua lama-lama, tak suka. Sekarang suka pergi hotel baru, butik hotel dan yang kecik-kecik tu. Rasanya lebih menarik. Kadang-kadang lagi selesa tau.
Untuk Langkapuri Inn ini, dahulunya terkenal dengan nama Langkapuri Resort. Kalau dari airport kena waze nama tu. Asalnya dia buat chalet atas tanah sahaja. Now dah buat hotel setinggi 5 tingkat dan bilik semua baru-baru dan cantik. Cuma kolin tak nasib baik dapat bilik mengadap jalan masa menginap hari tu. But overall suka, sebab lif dia pun pakai akses kad. Keselamatan terjamin!!
Inilah dia bilik kolin menginap selama 4 hari 3 malam.
Katil cukup besar untuk penginapan seorang. Aircond pun berfungsi dengan sangat baik. TV channel pun okay, tak lah sendu sangat. Bilik bau baru dan selesa.
Ada almari untuk penyimpanan beg dan peti ais tu berfungi tau. Barang baruuuu hahahha
bilik air pun selesa, macam kolin kata, ini lah kelebihan hotel baru sebab semua nampak best aje. So korang nak booking tengok hotel lama atau baru tau. Kecik atau tak ada nama takpe, janji bersih dan cantik. Tambahan pula, harga murah tau.
Dari airport dalam 15 minit. Kalau naik grab dalam RM14 ke RM15 sahaja. Nak ke pantai cenang memang dekat sangat. Kalau nak shopping nak makan pun, area LANGKAPURI INN ini memang sangat strategik.
Kan dia 5 tingkat, tingkat atas sekali korang boleh lepak sambil menikmati sunset atau sunrise. Kat situ juga lah korang akan breakfast pepagi. Leh mengadap laut tau. Next entri kolin share pasal The Roof tingkat 5 di LANGKAPURI INN, CENANG LANGKAWI okay.
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you