Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SALANG SAYANG RESORT DI PULAU TIOMAN

Dream come true, bila kolin berpeluang ke Pulau Tioman. Dah lama teringin sangat nak ke sini. Akhirnya ada juga rezeki.Untuk penginapan 3 hari 2 malam SALANG SAYANG RESORT DI PULAU TIOMAN menjadi pilihan hati. 

Untuk ke Salang, kami kena naik feri dari Mersing. Kalau korang ramai kena pakai agen nak booking. Tiket 2 hala adalah RM120.00 dan untuk ke Salang iaitu perhentian paling hujung sekali lebih kurang 2 jam ke 3 jam. Jadinya kolin nasihatkan korang leh makan siap-siap dan dalam feri rehat, lelap mata. 

ni lah view dari dalam feri, jeti dia macam tu lah. Ada banyak perhentian tau.


bila feri akan berhenti dekat beberapa perhentian, kena dengar lah pekerja feri tu laung perhentian apa. Kolin yang terakhir tau, terus ke Salang. 

Untuk penginapan 3 hari 2 malam kali ini kolin memilih SALANG SAYANG RESORT. Mudahnya sebab dari jeti selepas turun feri, mereka akan tunggu dengan motor roda 3 untuk bawa beg kita. Lepas tu kita jalan kaki dalam 100 ke 200 meter resort. Resort atau tempat dia pulak betul-betul mengadap laut yang hijau kadang biru yang penting lawa sangat. Tempat terbaik untuk 'healing'. 

Bilik sederhana, chalet kayu tapi lengkap la pada kolin. Siap air panas dan jua aircond. Simple dan kalau ikutkan kolin suka lah wei.

Sampai sahaja, terus tukar baju hahah. Sebab tak sabar nak pergi snorkeling kat depan resort. Video snorkeling tu ada kat IG kolin. Ikan comel, air clear betul!! Dah dua bulan lebih pun macam rindu nak ke Tioman lagi tau.

Kalau nak cerita pasal pekerja resort, semua baik-baik dan peramah. Korang memang tak terasa macam pergi holiday, rasa macam balik kampung tau. 

So petang masa sampai tu kolin habiskan masa dengan mandi laut, snorkeling dan menyaksikan matahari terbenam. 


Tak tahu nak cakap atau cerita macam mana tenang dan cantiknya Salang, Pulau Tioman ini. Korang kena pergi lah, itu aje kolin kena cakap. Rugi tak pergi!!

Malam tu kami makan restoran di Salang Sayang siapkan. Masakan tetap nombor 1 ekkk, memang sedap sangat. Bukan memuji suka-suka tau. Kena lah rasa datang sini. 

Malam pula korang boleh tidur dalam hammock tepi laut tu, nikmati angin dan berborak kosong. Tenang sangat kehidupan. TV tak ada ye!!! Tak ada hahahahah

tapi kolin guna DIGI insya Allah sepanjang dari Jeti Mersing, dalam feri dan sampai Salang tu masih ada line lagi. 

Okay next entri kolin sambung aktiviti part 2. Sonok wei naik bot pusing pulau. Snorkeling dan singgah pusat bandar tioman iaitu Tekek. Kat sini lah post office ada, sekolah ada, boleh dikatakan semua ada kat Tekek. Kita sambung part 2 okay ~

SALANG SAYANG RESORT DI PULAU TIOMAN

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you