Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MENGINAP 2 HARI 1 MALAM DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES SHAH ALAM

 Assalammualaikum semua....

Jom healing sama-sama nak? tak perlu jauh-jauh tau. Kalau mana yang nak jimat masa, minyak tu, boleh lah datang menginap di MARDHIYYAH HOTEL & SUITES SHAH ALAM

Bilik yang kolin menginap hari itu ialah Deluxe King. Cukup besar untuk kami anak beranak. Katil pun saiz king, kawasan juga lapang lah kalau nak berehat. 

Kadang-kadang perlu juga "short getaway" macam ini. Relax sekeluarga lepaskan stress yang ada di rumah. 

Maklumlah kalau kat rumah asyik buat kerja tak berhenti, kalau di pejabat pun sama juga. So kalau korang rasa dah sangat 'battery drained' try pergi check in mana-mana sekeluarga ok. Tak perlu jauh, tak perlu mahal pun. Janji rehat!

 

Ini lah gaya orang berehat. Kaki terlunjur haa..selesa betul bilik nya.

Interior dia karpet lah, so tak ada lah sejuk kaki tu atas lantai kan. View bilik pulak lawa, masjid negeri Shah Alam. Bila waktu malam lagi lah lawa meriah dengan lampu-lampu. 

Kalau korang datang kena ada event kat dataran shah alam tu, pun best juga. Bawa sekeluarga berkelah makan-makan. Hotel ini nak ke kedai serbaneka seberang jalan, kalau nak makan mamak atau bank, jalan kaki sahaja. Tak perlu drive pun. So untuk menginap di Shah Alam ini hotel yang kolin rekemen lah.


Bilik air dia memang win!!  Kalau ada mak-mak yang nak berendam air panas sini ada bath tub. So jangan lupa bawak herba-herba, bunga atau apa sahaja lah tuk mandi berendam dalam bath tub. So kalau anak kecik-kecik bagi main dalam tu aje. Dah penat main air, boleh terus tidur.

 

Oh lupa nak cakap, bilik ada sekali breakfast untuk 2 orang. Dan kalau nak tambah dewasa RM50 seorang dan kanak-kanak pula dalam RM29 tak silap. Apa pun korang boleh tengok kat laman web dan media sosial hotel juga.

MARDHIYYAH HOTEL & SUITES SHAH ALAM ini mesra tetamu. So korang jangan segan kalau kat sini nak minta apa-apa. Kolin suka staff front office, restaurat pun suka juga. Very helpful!!!

 

Janji datang sini semula!! Senang aje nak rehat, hotel dekat-dekat sudah. Tak sangka kat Shah Alam aje kan kita boleh "healing". Sebab boleh dik...jom lah kita booking MARDHIYYAH HOTEL & SUITES SHAH ALAM sama-sama okay.

 

 


1 comment:

  1. eh lawa laa bilik dia, selalu makan kat restoran dan cafe Mardhiyyah ni jer .. best nya Kolin :)

    ReplyDelete

loving me..loving you