Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

ROJAK DAN POPIAH S.S. ALI DI SHAH ALAM

Assalammualaikum semua

Buat peminat rojak, popiah basah atau popiah goreng, kalau datang shah alam kena cuba makan di POPIAH S.S. ALI yang terletak betul-betul depan Plaza Alam Sentral Shah Alam

Korang hanya perlu ke pintu utama shopping mall ini dan ianya  betul-betul berada di hadapan mall. 

Selalu memang kolin makan popiah, tapi korang kena try rojak dia wei. Padu!

 

Sebenarnya kolin tak ingat harga sepinggan rojak ni berapa. Tapi rasanya sekali air lebih RM10. Tapi rojak ini penuh betul bahan-bahan nya. Kolin suka kuahnya yang tak manis dan juga tak pedas sangat. 

Kalau  melepak kat Popiah S.S. Ali ini seronok sebab sebelah "water fountain" tepi jalan. So boleh lah makan sambil cuci mata tengok kereta dan orang lalu lalang. 




sedap wei, tak tipu. Ni memang review ikhlas sebab memang selalu makan sini kalau lunch, dekat dengan opis kolin pun.

Rasanya dia buka sebelah siang sahaja, hari minggu pula tak pasti ada dibuka atau tidak. Boleh lah tengok media sosial Popiah S.S Ali. 

Lain kali kolin share pasal popiah goreng dan popiah basah dia pulak eh. Tapi betul tau, datang sini cuba okay. Rojak dan Popiah S.S. Ali di Shah Alam

 


 


2 comments:

loving me..loving you