"MASAKAN IBU PALING DIRINDUI"
Ini memang betul kan. Kita sendiri yang dah tua ni pun kalau mak masak, kelam kabut cari nasi pi makan hahah.Kolin percaya masakan memikat hati anak-anak.
Sebenarnya kolin ni masak hujung minggu selalunya. Kalau hari biasa, 1 lauk sahaja. Itu yang mana tengok media sosial kolin nampak masak banyak tu sebenarnya sekali seminggu tau. Itu pun sebab meraikan anak balik asrama dan anak dara kolin yang selalu pergi sekolah makan roti tu. Kadang kita masak nasi dengan lauk pun dia makan roti. Budak perempuan memang suka roti lah rasanya.
Jom kolin kongsi masakan kolin hujung minggu yang lalu.
Dalam diam siap hampir 5 lauk untuk hidangan kami sekeluarga.
Jom kolin cerita satu-satu hahah
1. Udang sambal petai
Hidangan ini sebenarnya permintaan anak bujang kolin. Dia kata teringin makan petai. Kebetulan minggu tu ada ke pasar selayang. So kita buat sambal udang petai untuk dia.
2. Ikan siakap 3 rasa
yang ini adalah kegemaran anak perempuan kolin. Kalau siakap dan salmon memang la kegemaran dia. Memang boleh tengok dia makan nasi bertambah-tambah. Sekarang siakap boleh dapat dalam RM10 seekor. Nak masak pun modal tak kasar sangat. So rasanya kalau mana mak-mak kat rumah, anak tak pernah di ajar makan ikan siakap boleh try.
Ayam dah mahal kan. Kita ajar anak-anak makan ikan pula. Boleh feeling makan kat kedai tomyam siam tu.
3. Ikan kembung air asam
Kegemaran suami kolin yang ini. Tak susah pun nak buat. Korang beli kan kembung dan kukus letak asam keping sikit. Kukus tak payah lama sangat pun, janji dah siap masak.
Untuk air asam, potong semua bawang dan cili, jangan lupa masukkan kerisik juga. Memang sedap betul!!
4. sotong goreng tepung
yang ini semua orang suka lah kan. Mahal juga sotong tapi dah teringin boleh lah sebulan sekali.Kalau order kat kedai mau berpuluh or beratus. Yang ini modal tepung pun beli kedai RM.2.40 sahaja.
5. Sayur tiu miu + carrot
sayur ini kolin lah suka. ala-ala tauge dan meratah carrot tu memang suka sangat. Mungkin korang boleh try juga makan seminggu sekali lobak merah untuk kesihatan mata.
Ajar anak-anak makan juga, sayur-sayur ni kalau reti tumis masak memang manis tau.
buat semua kawan-kawan kolin - semua ibu ibu jom lah masak2. Tak sedap tak apa, bukan kita nak bukak kedai pun kan.
MASAKAN IBU PALING DIRINDUI anak-anak sebenarnya, termasuk diri sendiri.
Alhamdulillah, terima kasih baca entri ini tau!!
itu tiber mood rajin ler tu, hehe alhamdulillah air tangan ibu sentiasa istimewa buat anak-anak :)
ReplyDeleteSedapnyaaa... rindunya nak makan masakan mak, tapi apakan dayaaa.
ReplyDelete