Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PPZ-MAIWP SERU BAYAR ZAKAT AWAL SEBELUM 31 DISEMBER 2023

Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menganjurkan program FIT ZAKAT 2023 pada sabtu, 18 November yang lalu sekaligus melancarkan Kempen Year End Zakat (YEZ) 2023 di Taman Tasik Metropolitan Kepong. 


FIT ZAKAT 2023

Dan ini lah fun run pertama untuk 2023 kolin join. Best rupanya, kolin lari 3km sahaja wei. 

Medal pun dapat juga, comel sangat. Leh la simpan tuk kenangan


KEMPEN YEAR END ZAKAT (YEZ)

Kempen tahunan PPZ-MAIWP ini bermula pada 18 November 2023 sehingga 31 Disember 2023. Ianya bertujuan sebagai seruan dan galakkan kepada semua pembayar zakat di Wilayah dapat menyegerakan bayaran zakat mereka sebelum 31 Disember 2023 bagi menikmati rebat cukai pendapatan taksiran tahun 2023 di samping menikmati pelbagai tawaran menarik sepanjang kempen. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP,Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman berkata, menggunakan pendekatan dakwah bil hikmah, kempen ini juga merupakan antara inisiatif PPZ-MAIWP untuk mempromosikan dan menyebarluas dakwah zakat kepada semua lapisan masyarakat Islam di Malaysia.

"Bertemakan Makna Kaya Sebenar", kami (PPZ_MAIWP) ingin mengajak masyarat untuk tidak menilai kekayaan dengan hanya memiliki harta dan material mewah yang melimpah ruah tetapi kekayaan sebenar adalah terletak di dalam hati, apabila bila memberi dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan"

Tambah beliau lagi sepanjang bulan Disember, 10 kaunter PPZ - MAIWP akan beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 4.45 petang setiap hari termasuk cuti umum dan pada setiap Jumaat serta minggu akhir Disember, waktu operasi akan dilanjutkan sehingga jam 9.00 malam di samping mengadakan Hari Bersama Pembayar dengan menyediakan jamuan makan bagi meraikan pembayar zakat. 

 

kemeriahan pertandingan mewarna pada 18 November 2023

KEMUDAHAN PEMBAYARAN ZAKAT PPZ-MAIWP

Terdapat pelbagai kemudahan lain seperti pembayaran atas talian melalui portal zakat.com.my, aplikasi myZakat, perbankan internet, ejen-ejen rasmi yang telah dilantik oleh PPZ-MAIWP dan banyak lagi.

antara kawan-kawan yang join Fit Zakat 2023
 

Lebih istimewa, pembayar yang membuat bayaran zakat sepanjang kempen ini berpeluang memenangi lebih 1,000 hadiah menarik seperti Pakej Umrah, Thermomix, Telefon Pintar dan banyak lagi. 

Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman turut menzahirkan penghargaan kepada para penaja CIMB Islamic, Bank Berhad, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), GoPayz serta rakan-rakan strategik antaranya MAIWP dan JAWI, kerana turut terlibat dan menaja program FIT ZAKAT 2023 serta KEMPEN YEAR END ZAKAT tahun ini.

penyampaian cabutan bertuah kepada pengunjung pada 18 November lalu

Dalam program yang sama, PPZ-MAIWP turut mengadakan solidariti untuk Palestin bagi mendoakan saudara-saudara seIslam di sana agar dibebaskan dari penindasan rejim Israel. 

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga telah memperuntukkan sebanyak RM2,036,864.60 bantuan kemanusian untuk disalurkan ke Palestin.

Terima kasih PPZ-MAIWP atas peganjuran program FIT ZAKAT 2023 dan tahniah di atas pelancaran KEMPEN YEAR END ZAKAT (YEZ)2023. Meriah dengan pelbagai aktiviti untuk sekeluarga dan banyak sangat gerai jualan yang dibuka untuk pengunjung yang hadir.

Sebarang maklumat mengenai aktiviti kempen boleh mengikuti perkembangan di media sosial PPZ-MAIWP dan layari www.zakat.com.my/yez2023
 

1 comment:

loving me..loving you