Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

CAMPERS & KOPI

haii korang, jom kolin kongsi satu tempat healing di dalam Selangor dah ianya cuma 15 minit sahaja dari Batu Caves. 

CAMPERS & KOPI ini adalah tempat yang sama dengan River & Glamp yang terkenal dalam sosial media. Dan kalau nama dia dulu ialah Nur Laman Bestari Eco Resort. Dulu ianya tempat rekreasi untuk team building tak silap kolin. Tapi sekarang sudah dikomersialkan mengikut permintaan semasa yang lebih suka camping atau glamping. 

Untuk trip kali ini, kawan-kawan kolin  memilih untuk Glamping. So jom kolin cerita apa ada di CAMPERS & KOPI.

 

Ada lebih kurang 8 khemah glamping kat dalam kawasan ini. Ada 2 khemah glamping VIP yang ada extra sikit bahagian depan tuk melepak dan 6 lagi semua sama fasiliti. Toilet memang tak share, so admin bagi kunci siap-siap. Satu khemah glamping boleh duduk 5 orang. 

Kipas ada, air-cond ada, alatan masak air, pinggan, cawan, sudu, garfu semua ada. Tuala juga disediakan. Pendek cerita semua macam fasiliti hotel. 

Lagi seronok, sinki pun tak payah kongsi wei.


tempat makan pun ada tempat sendiri. Belakang khemah siap ada wakaf juga kalau nak melepak. 
 
 
Meja batu untuk melepak makan pun disediakan tau. Lagi best masa booking sini, siap breakfast, lunch dan dinner. So akan ada staff mereka yang hantar pack food macam ini.
 

jom tengok keadaan khemah luar dan dalam pula ya. Siap ada khemah macam orang kahwin tu, so kalau hujan pun tak risau. Memang okay sangat maintenance dia. Kawasan pun berpagar, jangan risau okay.
 



Cukup selesa untuk penginapan berlima sebenarnya. Cuma pendapat peribadi harga agak mahal juga kalau untuk family. Macam kolin kawan-kawan harga penginapan tu boleh bahagi 5 orang, tak terasa sangat.
 
Kalau nak BBQ pun boleh, ada tempat sendiri. So jangan lupa melepak sekeluarga atau dengan bestie sambil BBQ bersama tau
 
 
Bekas biru tu kami bawa sendiri, tapi ada aje BBQ pit disediakan.
 
Ada rezeki kita jumpa lagi ya bestie!! For more trip together!!
 

Buat korang yang nak menginap di Campers & Kopi boleh lah ikuti laman media sosial mereka untuk booking. 
 
Untuk geng sis semua tak mau dah hahahaha. Mereka demand nak toilet kat dalam khemah. Sebenarnya toilet sini selesa aje, cuma memasing malas berjalan la tu hahahha. 
 
Setakat ini memang kolin suka tempat ini dan mana yang ada anak kecil teringin nak camping, try glamping sini dulu tau.
 
Terima kasih Campers & Kopi 
Ada rezeki jumpa lagi :)

 


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you