Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SELAMAT TINGGAL NBG1855 - KANCIL850

Kalau korang nak tahu, ini lah kereta pertama kolin beli selepas grad dari Uitm dan mula kerja. Zaman tu gaji kecik wei, susah nak buat loan, tapi ada juga rezeki. Kancil ni kereta pertama kami sekeluarga tau. Merata-rata kami pergi dan banyak betul jasa dia buat kami sekeluarga, cik timah family. 

Beli masa tahun 2000 atau 1999 tak silap. Dah macam-macam rosak dan tiada siapa yang nak handle. Kita terpaksa jual. 
 
Mula masa elok nak jual, tapi mama pula rasa sayang. Penyudahnya bila tak jalan hampir 2 tahun dah makin buruk dan sukar nak diselamatkan lagi.
 
Yang nak beli pun macam-macam karenah. Akhirnya kolin jual kedai besi buruk ajelah. Dapatlah mama sikit duit, jadilah.
 
Lagipun duduk rumah flat mana boleh parking kereta buruk lama-lama. Parking tak cukup, buat orang marah. So ini lah kereta kedua kolin jual. Dan memang menangis hahahaha. Hati tisu aku ni, kenangkan lah kereta ini dari bujang sampai aku tua pakai. Sedih wei!
 
SELAMAT TINGGAL NBG1855
 
Terima kasih atas jasa-jasa selama ini. Sorry tak dapat maintained. Alahai sedihnya. Korang pernah jual kereta tak? sedih macam kolin atau tak ada rasa apa-apa hahaha. Aku rasa aku drama ...well :)
Terima kasih baca blog....
 
 

 


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you