Assalammualaikum korang semua! Dah berakhir pun BEAUTY AROUND THE WORLD dari Guardian Malaysia di Central I-City Shah Alam. Ianya berlangsung meriah dari 25 - 26 November 2023 yang lalu.
Meriah wei, siapa yang tak pergi hari tu rugi wei. Kolin dan anak memang enjoy sakan kat event BATW dari Guardian Malaysia. RM20 sahaja tiket, tapi ada diskaun RM5. So untuk RM15 kami dapat pelbagai aktiviti. Yang paling dinantikan ialah buat rambut dan mekap-mekap, ala orang perempuan kan.
MAKE OVER
Untuk anak dara kolin yang sememangnya mula berjinak-jinak mengunakan skincare dan mekap ini memang seronok. So selepas sahkan tiket tu, kita pergi buat rambut dahulu.
kolin pun join juga mekap, jangan risau MUA kat sini semua peramah.
360 DEGREE VIDEO
Dah selesai semua tu, korang dapat buat 360 degree video juga. Dah video itu akan di emelkan kepada korang untuk simpanan. Nak tengok kolin punya 360 degree video kena lah ke IG kolin :)
Yang penting kami berdua puas hati sertai event macam ini. Korang kalau ada lagi, jangan lupa join tau.
Inilah anak kolin, alisa dah siap makeover...
TERIMA KASIH GUARDIAN MALAYSIA
terima kasih kepada guardian sebab event best macam ini. Ada juga aktiviti ibu dan anak. Tak lupa juga goodies bag tu memang lumayan. Pelbagai barangan yang melebihi RM50 walau tiket dibayar hanya RM15
BEAUTY AROUND THE WORLD, CENTRAL I-CITY SHAH ALAM memang meriah, kalau ada lagi tahun depan, join tau!!!!
hari tu masa Adik Ika konvo kak ana ada sampai sini tengok-tengok gak beberapa produk di booth menarik sangat
ReplyDelete