Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

CARA BUAT KEK BATIK YANG PALING SENANG

Sekarang ini kan memang kolin suka betul makan "kek batik". Ni semua gara-gara reunion dengan kawan-kawan baru ini. Sedap pula makan kek batik dengan air panas macam kopi O atau teh O. Try lah korang


Buat yang nak cuba buat tu, tak susah pun, tapi kalau nak mudah, order sahaja. Cuma kalau order ni kadang-kadang tempahan penuh pulak. Dah kita ni teringin sangat.

Jom kolin ajar cara buat kek batik yang sangat simple dan senang aje nak buat.

Kolin beli bahan-bahan dekat Eco Shop RM2.40 sahaja wei. Memang harga marhaen tapi sedap betul. 

Bahan-bahan buat kek batik:

1. Biskut marie (kolin beli 2 paket)

2. Satu tin susu pekat manis (beli jenama eco shop)

3. Serbuk koko (beli kat eco shop juga)

4. Planta atau mentega satu (250 gram) - terpulang jenama ikut suka

5. Milo 3 in 1, kolin beli kat eco shop, 3 paket RM2.40.

Itu sahaja bahan-bahan yang kolin gunakan. Kiranya kek batik klasik lah. Murah aje bahan dan senang beli kat kedai Eco Shop sahaja. 


 Cara buat kek batik:

1. Masukkan mentega dalam kuali

2. Terus masuk serbuk koko dalam 4 sudu dan milo 3 in 1 2 paket. Kacau rata-rata

3. Masukkan 1 tin susu pekat manis (ikut suka kalau setengah tin dah rasa manis, so setengah tin.)

Susu tin Eco Shop dia kecik, so kolin masukkan 1 tin

4. Gaul rata sampai hilang ketulan, api jangan besar

5. Tutup air dan masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul rata. Tutup api.

6. Sediakan loyang yang ada, alas dengan kertas atau plastik. Masukkan adunan yang dah digaul tu dalam loyang terus mampatkan.

7. Letak dalam chiller atau peti sejuk.Jangan tempat beku pulak.

Dah siap kek batik yang paling senang.

Dengan bahan-bahan tak sampai RM10.00 dah boleh makan anak beranak. Zaman sekarang kan kena jimat-jimat. So kalau ada yang nak try, guna lah cara kolin ini.


Buat dengan anak dara kolin, sedar-sedar separuh loyang dia makan dua beradik. 

Sedap, berlemak dan tak manis sangat pun. Memang boleh la buat untuk minum petang hujung minggu. Jangan lupa ikut cara buat kek batik yang paling senang okay.

 

 


3 comments:

  1. Aah... Memang senang buat kek batik ni. LeYa pun dah lama tak buat... Nanti nak bua jugak lah

    ReplyDelete
  2. tengok pun dah tau sedap. kena cuba ni. thank you share recipe.

    ReplyDelete

loving me..loving you