Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PASAR SELAYANG

Weii..jom kolin tunjuk keadaan Pasar Selayang yang terkini. Kolin baru sahaja pergi ahad lalu dan rasanya sesiapa yang nak berjimat tu, perlu ke sini tau. 

Ahad masa kolin pergi tu, modal RM130 tapi bawa balik lauk lumayan betul. Boleh lah kalau nak makan 1 ke 3 minggu. Lagipun keluarga kolin kecil, so masak boleh jimat-jimat. 

Untuk korang yang suka ikan kembong. Nah tengok ni harga sekilo berapa!


Lepas tu kan memang jadi tamak wei hahaha. Kolin jumpa pula ikan selar RM4 sekilo, semua segar-segar bukan busuk atau ikan lama ye. RM10 untuk 3 kilo, terus en. suami beli 3 kilo. Tak sabar nak stim ikan tu dan buat air asam. Makan pulak nasi panas-panas kan. 

Kalau nak kerang pun ada pilihan. Dah siap kopek ada, nak yang saiz biasa dalam RM10 sekilo atau yang besar-besar tu dalam RM14 sekilo


Kalau suka ikan potong atau ikan khatam kata orang Utara, sini murah betul ikan tenggiri, tongkol. Datanglah wei Pasar Selayang, sekarang parking bertingkat, ada lif, bersih. Pasar Selayang baru memang best. Kalau nak bawa anak-anak pun tak lah susah.


Yang ikan biru tu, ikan bayan. Kolin sekeluarga pernah cuba ikan bayan bakar. Sedap giler...

Ni kalau korang ke Sabah atau ke Restoran Masakan Sabah kat sini ada  di jual dan biasa mahal. Kat sini boleh lah beli dan bakar sendiri. 


Ikan ayam ni kalau bakar sedap, masak gulai pun sedap. Kulit tebal, isi lembut. Kalau tak pernah cuba, meh ke Pasar Selayang beli aje setengah kilo. Buat kari buh bendi mak aii....dah terbayang hahaha.



Kalu tak mahu ikan, boleh beli ayam, daging juga. Semua ada kat sini. Ulam-ulam pun banyak juga. 

Kalau ada masa datang okay. Pasal parking jangan risau memang banyak dan selesa pasar ini. Kalau nak kata pendatang dominasi, tak juga. Ahad lepas kolin pergi ramai orang kita yang berniaga. Cina, Melayu, India..orang luar tak ada. Kerja membantu adalah. 

Yang pasti B40 kalau datang sini RM100 boleh lah beli lauk untuk makan 2 ke 3 minggu. Cuba okay, sama-sama kita berjimat dan stop ke pasaraya besar beli lauk. Pasar Selayang murah lagi!

1 comment:

  1. masuk pasar segar ni memang syok kan Kolin, kak ana yang dekat ni pun tak sampai lagi pasar selayang hat baru nih... :)

    ReplyDelete

loving me..loving you