Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

BREAKFAST DI PADANGS ON WHEELS DAMANSARA UPTOWN

Buat yang dah boring breakfast tempat yang sama, boleh lah baca story ni sampai habis. Tak baca habis rugi lerrrr

Kalau nak reunion atau berdating datanglah sini. Kolin pergi yang cawangan kat Padang On Wheels Uptown Damansara yang beralamat 92g Jalan SS 21/62 Damansara Utama 47400 Petaling Jaya Selangor. 

Breakfast di Padangs On Wheels Damansara Uptown kalau pergi pagi-pagi banyak tempat letak kereta. Tapi kalau dah masuk tengahari kedai ni sesak tau. Silap-silap kena tunggu meja kosong. Ramai serbu sebab tempat dia selesa untuk sekeluarga dan makanan pula sedap.

Haa tengok penuh meja hahaha. Ini lah baru nama 'breakfast like a king'. 

Kalau dah breakfast kena lah makan nasi lemak. Lepas tu yang bestnya korang boleh pilih lauk pauk padang ikut kegemaran korang. Nampak macam banyak kan, tapi sebenarnya piring tu kecik aje. So portion pun sikit aje, memang tak banyak mana. Kolin rasa kalau makan berdua memang boleh habis.  


Kalau tanya pasal harga, berpatutan dengan tempat dan makanan. 


Ni antara lauk 'killer' mereka tau. Daging Dendeng ini hanya RM13.90 untuk 1 piring. Lauk ada dekat 80 jenis untuk korang pilih. 

Tu yang kolin pilih-pilih dengan kawan nak breakfast, end up penuh meja. Tapi memang puas hati.

Sekali sekali bertukar selera dan 'me time' ni memang terasa 'healing' betul. 

Kalau ada rezeki lebih boleh datang belanja keluarga korang kat sini okay. Waze sahaja Padangs On Wheels dan boleh lah pergi ke cawangan mereka paling dekat dengan korang.



Terima kasih sudi baca habis story BREAKFAST DI PADANGS ON WHEELS DAMANSARA UPTOWN

 

 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you