Assalammualaikum korang
wei korang, dah ada idea tak nak masak hujung minggu nanti. Kalau tak ada idea lagi, kolin nak share menu kolin. Tapi menu biasa-biasa aje lah.Masakan lauk pauk kampung. Tapi janji, lauk kolin marhaen bagi kelas B40 tau, macam kolin ni.
Untuk lauk minggu lepas kita buat simple sahaja.Yang penting semua berselera makan dan nasi kita habis sis!!! Suka..Alhamdulillah
LAUK HUJUNG MINGGU
Nampak tak sis? berselera tak. Okay tak lauk macam ni.
1. Masak lemak cili api cendawan. Menu ni paling senang dan mudah. Kolin gunakan 2 jenis cendawan. Satu cendawan tiram dan satu lagi apa nama x tau. Tapi putih, panjang-panjang tu
2. Ikan kembung kolin potong dua dan goreng garing-garing. Sebab kadang-kadang sekor tak abis sayang pula. So biar setengah ekor. Tak sakit mata tengok ikan separuh ke tong sampah. Lauk mahal tau!!!
3. Sambal tempoyak!! Ni paling senang. Kolin beli durian dan setengah memang dijadikan tempoyak. Tumbuk cili gaulkan sekali dan jangan lupa letak garam. Dah siap!!
Itu lah LAUK HUJUNG MINGGU kolin sekeluarga. Harap korang dapatlah sikit idea untuk juadah sekeluarga.
Kadang-kadang tak perlu lauk mewah atas meja tuk tunjuk kebahagian kita. Jangan terikut-ikut orang kunun makan mewah tu, kita ber ala kadar ikut kemampuan okay.
Jangan ikut orang, kita cara kita. Tu dah bagi idea LAUK HUJUNG MINGGU tiru aje ahhaha.
Babai
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you