Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

TUALA WANITA - ATHENA WASHABLE CLOTH SANITARY PAD

 Assalammualaikum 

Tuala Wanita ni memang satu benda wajib untuk semua perempuan bila akil baligh. Bercakap hal ini, memang nak malu apa, ini lah keindahan menjadi seorang wanita. 

Seiring dengan zaman, tuala wanita atau pad yang kolin pakai adalah pakai buang. Maknanya memang tak ada lah nak recycle atau kitar semula. 

Baru-baru ini ada pihak berkongsi  mengenai ATHENA WASHABLE CLOTH SANITARY PAD. 

Pada mulanya agak rasa was-was juga. Tapi jom kita tengok isi dalam dia.


Warna cantik-cantik, lepas tu ada 7 helai saiz 20cm dan 15 cm. Jadinya sesuai untuk anak dara kolin gunakan. 

Inilah dia rupa bahagian atasnya.


Dia macam baldu/velvet macam tu. Dan kat belakang kotak tu ada diberikan sedikit penerangan untuk kita semua. 

Cara nak pakai, cara dan cara nak basuh. 


 

REVIEW - ATHENA WASHABLE CLOTH SANITARY PAD

Jujur kolin tak guna sendiri. Semua ini anak dara kolin guna. Dan kata dia memang selesa sangat dari pad yang biasa di pakai tu. 

Dan serapan dia lebih bagus serta tak ada lak kebocoran. 

Anak dara kolin pakai malam la atau semasa duduk rumah. Sebab senang lepas guna terus basuh kan. Nak basuh pulak senang betul hilangkan kesannya. 

Dan kalau ikut kata Alisa, dia selesa guna tuala wanita dari kain Athena ni. Rasanya kalau diperluaskan lagi, boleh kita gunakan dan boleh lah berjimat cermat. Pad pun dah naik harga tau. 

Zaman sekarang nak berjimat boleh lah berubah pengunaan tuala wanita kepada ATHENA WASHABLE CLOTH SANITARY PAD


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you