Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Cetaphil Bright Healthy Radiance Melancarkan Duo Hebat Multi-Tindakan Untuk Keserian Segera dan Berkekalan dengan Hasil Terbukti Secara Klinikal dalam tempoh 14 hari

 

CETAPHIL®, jenama penjagaan kulit dermatologi No.1 di Malaysia* dengan bangganya memperkenalkan dua produk tambahan dalam rangkaian Bright Healthy Radiance – Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum dengan 7x kelebihan dan satu-satunya pembersih muka 3 dalam 1 Cetaphil yang pertama, iaitu Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser. Produk inovatif ini menggunakan Teknologi GentleBright, lantas menandakan era baharu dalam penjagaan kulit. Dengan hasil yang terbukti secara klinikal dalam tempoh 14 hari sahaja, teknologi ini melangkaui tindakan pencerahan kulit dan membina keunggulan dengan Duo Hebat dan faedah pelbagai tindakannya. Memandangkan Cetaphil mengutamakan penjagaan menyeluruh untuk setiap kisah kulit, Cetaphil sentiasa komited untuk mengekalkan profil toleransi produknya oleh semua.

 


Cetaphil, pakar kulit sensitif terkemuka dengan warisan selama lebih 75 tahun yang telah diuji oleh pakar dermatologi, sentiasa berusaha untuk meraih strategi antihiperpigmentasi yang lebih lengkap dan berkuasa menerusi Bright Healthy Radiance 2.0 Perfecting Serum dan Gentle Renewing Cleanser. Teknologinya yang termaju lagi lembut menyasarkan punca berlakunya bintik-bintik hitam dan tona kulit yang tidak sekata serta kusam, iaitu keadaan kulit yang lazim dialami oleh ramai orang.

 

Cetaphil Bright Healthy Radiance dirumus untuk mengatasi pigmentasi secara berkesan, sambil kekal lembut pada kulit sensitif. Formula lanjutannya secara khusus menyasarkan proses melanogenesis dan keradangan, menangani faktor asas yang menyumbang kepada pigmentasi pada kulit sensitif. Hasilnya bukan sahaja memberikan penambahbaikan yang terbukti secara klinikal, tetapi juga mengurangkan bintik gelap. Dengan Cetaphil Bright Healthy Radiance, individu dengan kulit yang paling sensitif pun masih boleh memiliki kulit yang lebih cerah dan sekata.

 

Dikuasakan oleh Teknologi GentleBright generasi baharu, Cetaphil Bright Healthy Radiance menggabungkan campuran unik bahan yang mencerahkan dan menenangkan kulit – Niacinamide dan Dafodil Laut Putih, yang mempunyai sifat pencerahan antiradang dan bertindak sebagai agen neuroaktif. Kini, dengan generasi baharu Teknologi GentleBright, yang dirumus menggunakan Peptida Lanjutan dan Antioksidan C, produk ini menangani bintik-binti hitam dengan lima tahap mekanisme pencerahan yang disasarkan dan bertindak sebagai antioksidan yang berkuasa untuk mengurangkan tanda kelesuan dengan meningkatkan sintesis asid hialuronik.

 


Bright Healthy Radiance Perfecting Serum yang BAHARU menawarkan 7x kelebihan untuk kulit yang berseri dan cerah, dan terbukti secara klinikal mengurangkan bintik-bintik hitam yang disebabkan oleh matahari, penuaan, jerawat, parut dan perubahan hormon. Serum ini juga meningkatkan seri dan kecerahan kulit sekurang-kurangnya 42%, mengurangkan garis halus sebanyak 29% dan menghasilkan tona kulit sekata sehingga 20% selepas 12 minggu. Sementara itu, pembersih muka 3 dalam 1 Cetaphil yang pertama Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser, diperkaya dengan Vitamin E dan Manik Jojoba yang meneksfoliasi secara lembut, menyingkirkan pencemaran, dan mencerahkan wajah untuk penampilan kulit yang berseri dan sihat. Pembersih ini juga menyingkirkan sehingga 79% partikel bahan cemar dan terbukti secara klinikal menghaluskan tekstur kulit untuk penampilan kulit yang mulus dan berseri di samping memelihara kulit sensitif.

 

Dua hebat baharu ini membina keunggulan untuk fungsi yang lebih daripada pencerahan kulit. Apabila kedua-duanya digunakan secara bersama, seri kulit ditingkatkan dengan serta-merta sebanyak +41% dan kecerahan ditingkatkan sebanyak +30%, sekali gus memastikan faedah pelengkap untuk mendorong manfaat rejimen yang optimum.

 

Pengurus Cawangan Galderma Malaysia, Cindy Tiu, menekankan betapa pentingnya penyelidikan saintifik dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh individu yang berkulit sensitif. “Ramai orang dengan kulit sensitif sukar mendapatkan produk yang sesuai untuk mencerahkan kulit dan memperbaik tona kulit tidak sekata mereka tanpa mengakibatkan keradangan. Kami faham bahawa kulit sensitif adalah berbeza dan memerlukan perhatian yang lebih untuk merawat bintik gelap. Oleh sebab itu, kami menghasilkan penyelesaian penjagaan kulit yang menyeluruh untuk menanganinya menerusi kerjasama dengan pakar terkenal dan profesional penjagaan kesihatan untuk membangunkan rumusan berkesan bagi pengguna penjagaan kulit kami,” katanya.

 

Cindy Tiu seterusnya menyatakan komitmen Galderma yang tidak berbelah bahagi untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju kategori dermatologi sejati yang memacu inovasi dalam bidang ini.

 

“Reputasi Galderma dibina atas faktor kepelbagaian, inovatif, dan portfolio berasaskan sains bagi jenama serta perkhidmatan yang premium dan terunggul. Memahami hakikat bahawa kulit boleh mempengaruhi kualiti hidup kita, usaha untuk memajukan bidang dermatologi bagi kisah kulit setiap individu menjadi strategi bagi perniagaan teras kami. Sejajar dengan kedudukan Cetaphil sebagai jenama terkemuka untuk kulit sensitif dengan warisan lebih 75 tahun, kami amat berbangga kerana berada di barisan hadapan dalam inovasi dermatologi. Pelancaran dua produk baharu dalam rangkaian pencerahan Cetaphil ini mencerminkan dedikasi kami yang berterusan untuk menyediakan teknologi kulit termaju bagi semua lapisan masyarakat,” tambahnya.

 

Dengan kerjasama Watsons, “Cetaphil Bright Healthy Radiance Power of 7 Concourse” akan berlangsung di Orange Atrium, Sunway Pyramid dari 10.00 pagi – 10.00 malam. Bermula hari ini hingga 18 Jun, para pengunjung boleh mendapatkan sampel PERCUMA Cetaphil Bright Healthy Radiance, menikmati diskaun dan promosi eksklusif daripada Watson serta meneroka 7 stesen kulit yang unik lagi menakjubkan.

 

Ketahui lebih lanjut rangkaian Bright Healthy Radiance oleh Cetaphil dan tebus sampel percuma di sini: https://cetaphilbhrpowerofseven.com/.

 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you