Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

KONSERT SATU SUARA VOL.3

Dah lamaaa wei tak pergi konsert. Tu bila dapat tiket seronok sangat. Ye lah sejak PKP dan covid semua kan terhenti. So ini lah konsert pertama kolin setelah sekian lama. Itu pun tiket free hahahaha. Thk u yang bagi tuu :)

KONSERT SATU SUARA VOL. 3 adalah inisiatif Yayasan NurJiwa kelolaan Dato Sri Siti Nurhaliza, "Tokti" kesayangan ramai bersama suami dan keluarga. So konsert yang bertujuan murni bagi membantu orang-orang kurang kemampuan ini dapat sambutan ramai juga. 

Konsert ini diadakan di Sungei Wang Mall, Arena Mega Star. Parking dalam mall sahaja dan terus naik ke tingkat 4 tak silap kolin. Senang aje.

Kolin duduk tak jauh sangat, tapi jauh. So boleh la nampak sipi-sipi hahah.



Konsert ini memang lancar aje, enjoy juga. Cuma masalah dekat kolin, sebab bukan semua lagu Tokti dan Ernie Zakri yang kolin tau. So ada ketika nya terpinga-pinga nak nyanyi sama. 

Tapi paling win JayJay keluar!!! True entertainer. Memang semua lagu dia boleh layan wei. Yang lelain segmen tu memang best. Tapi jujur kalau kolin, suka bab Uncle Jay Jay keluar. Dah dekat 65 tahun tak silap umur, tapi still padu. Memang layan abissss...


Yang penting, memang lepas stress dan penat bekerja. Terima kasih Azi yang sudi teman kolin ke konsert. Lain macam vibes dia ahahha. Both of us having a great time indeed.


Insha Allah next round kita kuar sesama lagi ya. 

KONSERT SATU SUARA VOL. 3 ini best. Kalau korang ada masa dan kewangan lebih boleh lah support konsert untuk tujuan murni macam ini. Tak salah rasanya, lagi pun artis tempatan kita pun tak kurang hebatnya tau.

Terima kasih baca blog kolin. KONSERT SATU SUARA VOL. 3 memang best!!!

 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you