Assalammualaikum korang.
Lately ni terasa sangat belanja kasar sebab kerap makan di luar. Akhirnya kolin sekali lagi bersemangat untuk masak hari-hari hahahaa. Kalau korang baca entri yang lepas-lepas berapa kali dah aku ni bersemangat. Tapi gagal istiqhomah. Tapi bila bajet asyik terlebih-lebih rasanya kena patah balik, masak dan makan di rumah sahaja.
Menu paling simple yang korang boleh tiru ialah ini. Sambal belacan dan timun muda!! Timun muda ni sedap ya, makan macam tu aje. Ketagih sebab ranggup. Siapa tak pernah cuba timun muda atau timun kecik ini, silakan.
Kolin boleh janji korang akan lepas tu memang akan beli aje. Refreshing sangat bila makan timun tau. Lagi bagus tuk kurangkan suhu badan. Lagipun cuaca kan kerap panas sekarang.
Lauk kedua ialah ikan goreng. Lauk kesukaan sekeluarga.
Senang aje nak masak, gaul garam dan serbuk kunyit, goreng garing. Dah siap ikan tongkol goreng. Senang ikan ni tak banyak tulang, senang anak-anak kecil nak makan.
Dan lauk ringkas terakhir kolin adalah sup cendawan.
Ni tumis air sahaja,tak pakai minyak pun. Senang aje tumis halia bawang-bawang, masuk air dah naik bau, masuk cendawan dan perasakan garam. Masuk lah cendawan tiram tu ikut banyak mana korang nak.
Biarkan seketika dan tutup api. Punya la senang dan lagi best jimat hahahahah. So aku sekarang kedekut tau, semua kena makan kat rumah aje.
Ingat 1 entri aje aku masak, sila lah ke IG kolin. Bermacam video kolin masak-masak wei.
Doakan kolin semangat tau. Masak LAUK RINGKAS BUAT SEKELUARGA
Kann Kolin bulan ni macam sesak nafas sikit rasa bajet tak tahu laa kenapa haha :) Eh kak ana nak tiru la cara Kolin potong timun tu macam syok nak cicah sambal kalau hiris gitukan :)
ReplyDelete