Hai korang semua. Masa cuti raya tu, sebelum balik ke KL sempat kami singgah tidur satu malam di Bukit Merah Laketown Resort.
Kolin tempah guna Agoda sahaja, murah sikit. Booking pun dalam perjalanan keluar dari Penang. Hotel dia kolin tak snap gambar lak. Agak suram, hotel lama tapi okay lah buat persinggahan. Nak makan malam atau sarapan banyak aje gerai jualan tepi jalan. So sesiapa nak stop berehat kalu berjalan ke Utara boleh singgah kat Hotel Bukit Merah Laketown Resort tu.
TAMAN TEMA AIR BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT
Hasil pemerhatian, kecik aje taman tema air ini. Dan tak banyak games sangat. Tapi staff dia memang kelas A+. Peramah sangat2 dan juga baik hati. Tak sombong wei..maklumlah orang utara kan memang murah senyuman.
TIPS KE BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT
Sila pakai jersey atau kain licin tu. Kalau ada baju renang lagi bagus. Tracksuit jangan, yang seluar ada zip jangan atau pun tshirt cotton pun jangan okay. Elok la legging, kalau lelaki short pendek, tshirt yang licin tu..ala2 dry fit.
Nak makan pula, korang boleh la makan alas perut kat depan park tu. Ada food court, sebelum masuk makan, lepas keluar makan alas perut situ. Jualan nya sederhana aje.
Nanti keluar dari situ, boleh pergi makan tepi jalan. Lauk pauk kampung dia memang sedap betul.
Itu lah kisah kami yang singgah satu malam di Bukit Merah Laketown Resort masa bercuti hari raya hari tu.
Dapatlah spend masa bersama-sama kan. Kalau nak pergi, booking hotel via Agoda okay. Better.
Oh satu lagi, kat sini ada mini zoo. Anak-anak kolin aje pergi masa tu. Boleh lah bawa anak korang datang sini wei. Murah juga tiketnya.
Terima kasih baca blog kolin wei.
Assalammualaikum !!!
syoknya cuti,, kak ana pernah sampai sekali sini lamaaaa dah masa anak2 kecil lagi masa tu depa sekolah rendah, nampak dah banyak penambahbaikan kat sini dari entri Kolin ni
ReplyDelete