Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

BERCUTI KE PULAU PANGKOR

 Assalammualaikum korang

Percutian ke Pulau Pangkor kali ini memang last minute sangat. Semua terjadi bila kawan kolin tengok video viral kat tiktok. So ini list yang kolin buat sepanjang kat sana okay. Gambar bawah ni malam terakhir kami di sana. Makan di Teluk Nipah Cafe, kat sini ada ala carte atau nak makan stimbot pun boleh juga.

 

Ikutkan anyak tempat lain lagi, ikut selera masing-masing. Ini antara yang kolin booking dan buat masa bercuti ke  Pulau Pangkor Mei 2023 yang lalu. Simple aje janji sampai kata orang.


1.OYO 44084 Ombak Inn Chalet

Hotel ini korang boleh buat tempahan di Agoda. Untuk bilik berdua dapat harga dalam RM87 untuk 2 malam. Murah sangat.

Hotel ini macam chalet, kawasan kecil yang dikendalikan oleh pemilik yang sweet iaitu Kak Nani. So jangan harap lebih-lebih dari resort ini, ianya bukan lah service 5 star, tapi cukup selesa untuk sekeluarga. Ada ruang depan untuk makan-makan dan melepak. Semua landed aje, pendek cerita ...suka!!! Kampung vibes dan simple sahaja.


2. Jeti Marina

Kami drive dari Shah Alam bermula jam 12.45 dan sampai ke Jeti Marina dalam 3.00 petang. Ikut jalan Kuala Selangor, Lebuhraya WCE tu sahaja. Tol pun tak sampai RM10. Parking untuk 3 hari 2 alam RM60 sahaja. Nanti cari abang yang naik motor tu. Siap parking berbumbung. 

Tiket pergi dan balik untuk feri pula, boleh beli siap-siap di sini, RM20 untuk 2 hala. Sementara tunggu feri nak sampai, boleh lah makan mee kari kat food court tu. Sedap!

Sambil-sambil tu boleh lah bergambar. Banyak port OOTD sis. Lawa-lawa

3. Pengangkutan

Buat yang ada lesen motor boleh lah sewa. Macam kami memang naik teksi van pink. Bila sampai Jeti Pangkor ke hotel RM18. Dari hotel kami nak ke Jeti RM18. So kalau ramai tu baloi, berdua pun okay juga. Baru sorang RM9, lega kalau shopping2 penat tu terus naik teksi van pink tu balik. Untuk yang ronda satu pulau pangkor dengan ke tempat-tempat menarik, harganya RM80. Kalau nak tambahan tempat, ada tambahan lain. Cuma rezeki la korang dapat pemandu yang ramah ke tidak. Kami dapat memula yang ramah, lepas tu macam kerek!! Nyampah jer hahahha. Kira nasib-nasib lah abang2 pemandu van tu. Doakan korang dapat yang ramah dan membantu okay.


4. Makan

Bab ini memang best la bila bercuti ke Pulau Pangkor stay pulak dekat teluk nipah. Aduiii...kolin memang tak kedekut bab ni masa kat sana. Mula-mula minum air kelapa, lepas tu beli kepak ayam madu. Makan malam pula 3 lauk sotong, ketam, udang untuk berdua baru RM93 sahaja. 

Nak kata mahal tak juga. Memang makan mewah. Kalau korang rajin sila berjalan kaki ke depan sikit dari teruk nipah tu. Arah ke Nipah Deli atau Daddy's Cafe. Situ tak crowded dan makanan pun tak mahal mana. Memang tenang melepak kat situ. Pantai situ pun best kalau nak mandi manda. 

Bab makan kalau menginap area Teluk Nipah jangan risau! Lempeng viral aje kolin tak dapat, sebab beratur panjang. Tak kuasa oiii

5. Hiburan

Kalau nak island hoping atau permainan air tu banyak aje area tu. Tapi kolin terlepas nak tengok blue plankton tu. Sebab dah jam 11 malam macam takut pula nak pergi. Kalau dalam jam 9 malam ke 10 malam teringin juga. Bot tu dia caj RM150 untuk tengok 'blue plankton". Memang plan next trip nak pergi juga. 

Kalau malam ada buskers atau abang api. So feeling macam kat langkawi atau perhentian la. Walau pun show dia tak sehebat langkawi berskala besar tapi tetap menghiburkan.

Kalau cari hipster cafe melepak coffee with music belum ada lagi. Harap soon ada kawasan sini kan. 

Lebih best kalu ada live band tempatan performed. Boleh la melayan muzik sambil kopi-kopi. Tapi simple buskers memang ada sabtu malam

6. Shopping

Sekitar teluk nipah banyak dah kedai. So nak beli coklat bebas cukai pun ada. Perfume pun ada juga. Kalau nak meriah lebih banyak kedai pergi ke deretan kedai area jeti tu. Sana memang banyak, kiranya tumpuan orang ramai. 

tapi kalau nak beli bilis, beli aje di teluk nipah. Kedai dia hujung sekali. Ada kakak2 peramah melayani korang semua. Cari kedai hujung sekali okay.

Dan paling penting kolin dah pun masak bilis sambal memang terbaik. Ranggup oi...ingat ya ..bilis mata biru tak ada yang dikopek. So kalau ada jual bilis biru dah siap kopek tu menipu. 

Bilis mata biru tidak di kopek ya sebab halus. So biasa orang goreng garing untuk nasi lemak atau tabur-tabur atas nasi goreng. 

inilah dia 6 perkara yang kolin boleh kongsikan ketika bercuti ke pulau pangkor. 

Lama sangat tak pergi sebenarnya. Hari tu dapat pergi happy sangat. Nanti memang nak repeat semula. Sesuai nak bawa anak-anak kecil sebab perjalanan feri ke pulau tu memang dekat sahaja. 

Mana-mana yang belum pernah pergi pulau pangkor, nanti pergi bercuti ke pulau pangkor okay. Thk you baca blog kolin!!

2 comments:

  1. Pernh smp pulau pangkor dgn family time kecik dlu2..xsilap darjah 6..dh besar takde plak peginya ...sronok dpt cuti2 ngan kwn2 walaupun lastminit

    ReplyDelete

loving me..loving you