Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: Apartment 3 bilik di Glory Beach Resort, Port Dickson

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Inilah kali pertama kolin sampai ke Glory Beach Resort, Port Dickson di Negeri Sembilan. Tak tahu pun ada resort apartment ini. Disebabkan atas tugasan kerja, kolin diberikan peluang untuk bermalam di sini selama 2 hari. Pandangan pertama kolin bila sampai kat sini, apartment tinggi dan paling suka sebab parkingnya lapang dan banyak. Disebabkan terlupa, kolin memang lupa nak ambil gambar bangunan depan dan ruangan lobi. Tapi percaya lah cakap kolin, memang luas dan senang nak nampak lobi kalau nak check in masa korang sampai. 


ini bilik utama



Kolin nasihatkan book aje hotel ini melalui tempahan online macam Agoda dan sebagainya. Sebabnya kolin rasa lagi murah daripada korang call dan walk in. Jadinya kalau nak ke sini sila tempahan melalui laman web itu sahaja lah ye. Kalau nak best, cari apartment 3 bilik sebab memang satu bangunan dengan restoran dan lobi tempat check ini. Kalau nak ke kolam renang korang hanya perlu turun ke bawah sahaja. Masa kolin di sini kolin menginap di Block C. Ada kawan-kawan dapat Block F memang jauh sikit, kalau block F tu apartment 2 bilik lah. 

 Bilik no 2

 Bilik no 3


Inilah dia ruang tamu, bilik dan dapur di Block C, Glory Beach Resort. Agak bersih dan selesa lah. Tuala disediakan untuk 5 orang. Memang katil pun disediakan cukup untuk memuatkan 5 orang dalam satu rumah. Bilik utama dan kedua mempunyai tandas masing-masing. Dan penghawa dingin hanya di bilik no 1 dan no 2. Bilik no 3 ada kipas, tapi kolin tidur tak panas pun. Sejuk aje, mungkin juga sebab bilik tu tak kena matahari pun. Memang sejuklah. Ruang tamu dan ruang makan yang cukup besar. Ada tv dan ada lah juga rancangan astro untuk korang datang melepak. Paling best balkoni unit kolin ni view kolam renang dan juga laut. Memalam melepak sambil dengan ombak laut memang mengasyikkan. Lagi satu kolin rasa apartment resort ini best sebab kolam renang dia besar. Dan kolam renang kanak-kanak siap ada gelongsor lagi tau. Korang boleh lah tengok sendiri kalau ke sini . Memang kalau bawak anak-anak tempat ini menarik sungguh. 









Itulah dia serba sedikit kolin review mengenai penginapan kolin di Glory Beach Resort, Port Dickson. Kalau menginap di sini jangan lupa order Nasi Goreng Kampung di restoran mereka. Sedap gilerrr

Inilah kolam renang di resort ini



Sempat la posing satu untuk kenangan kan. Jangan lupa nak ke Port Dickson nanti review resort ini okay. Hanya 3 bintang dan sesuai untuk sekeluarga. 






Babai

Kolin Zainal

7 comments:

  1. Ruang interior nampak kemas, cantik dan selesa malah kawasan luar pun tenang je. Pemandangan pun cantik.. mmg seronok utk percutian keluarga ni. Thanks sharing Kolin :)

    ReplyDelete
  2. dlu pernh stay sini...ikut family inlaws ada familyday company

    ReplyDelete
  3. Glory beach mmg syok.Kolam dia mmg enjoy sangat anak2 mandi

    ReplyDelete
  4. CORUS PARADISE PRIVATE APARTMENT PORT DICKSON FOR RENT..(MUSLIM ONLY)-with lift

    FULLY RENOVATED APARTMENT..
    Fresh and brightly decorated for superb relaxation.

    Located close to Corus hotels,beaches view/above the water,PD town & Teluk Kemang.

    Shared pool and outdoor common area between Corus hotel & Corus apartment...

    The space
    Accommodates: 4+
    Bathrooms: 1+1 ( water heater)
    Bedrooms: 2
    Beds: 2+1
    Check In: Anytime after 3PM
    Check Out: 12PM (Noon)
    Property type: Apartment
    Room type: Entire home/apt
    Fully renovated apartment
    Each bedroom have a 2 singles/ 1 queen size bed.
    Kitchen is equipped with refrigerator, electric cooker, oven, and the essentials.
    Extra bed : 4

    No pork,No alcohol & No drugs allowed inside of the apartment.

    Rates per night :
    Weekdays : rm200
    Weekend : rm250
    Public Holidays/School holidays : rm300-rm350

    Safety features
    First aid kit

    Availability
    1 night minimum stay

    *Already removed every tile & replaced all & extended the master room & create additional bathroom. Original unit has only 1 bath.

    *5S CONCEPT

    Contact me:
    Che Norijan Binti Jamil
    019-2222777
    Direct owner

    ReplyDelete

loving me..loving you