Friday, February 2, 2018

REVIEW: TYHMOS – Anti HFMD/Flu Spray



Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Kita kan sebagai ibu bapa memang nak yang terbaik untuk anak-anak kita semua. Memang tidak dinafikan pula, sekarang ini dunia semakin moden dan pelbagai pencemaran alam berlaku. Dan sudah tentu kita sebagai ibu bapa nak melindungi anak-anak kita dari pelbagai penyakit mahupun bencana. Sudah menjadi tanggungjawab lah kita mencari solusi terbaru untuk melindungi yang tersayang kan.
Oleh itu, kolin sendiri dah dipertemukan dengan produk yang sangat bagus ini iaitu THYMOS – ANTI HFMD/FLU SPRAY yang pada mulanya kolin sendiri tak percaya dah ada produk ini di pasaran. Ianya terbukti secara klinikal dapat membunuh kuman sebanyak 99.99% dan satu semburan akan kekal sehingga 10 hari. Sementara kita mengunakan pelbagai sanitasi bagi mengelakkan kuman di dalam rumah dan persekitaran anak-anak kita. Ini pula memberikan perlindungan kepada yang tersayang. Nah kolin cerita serba sedikit mengenai produk ini. 





Ianya adalah satu produk yang bebas alkohol dan ianya tidak merbahaya bagi persekitaran kita terutamanya untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah. Ianya membunuh segala Bakteria Pathogenic dan membantu membersihkan udara sekitar. Ujian makmal secara global mengesahkan THYMOS membunuh 99.99% kuman, MERS-CoV, CoronaViruses, Influenza H1N1, Enterovirus (Coxsakie), Staphylococcus Aureus, E-Coli, Aspergillus, Candidas, Pseudomonas dan pelbagai agen Pathogens lain. 


Ianya juga bebas dari bahan kimia BPA dan kanser. Umum mengenai Bisphenol A (BPA) adalah salah satu bahan kimia yang kita terdedah hari-hari dalam kehiduan kita. Ianya ada lama pembuatan plastik, makanan dalam tin dan sebagainya. Kita mungkin tidak menyedari bahan kimia ini sedikit sebanyak menganggu hormon dan sistem badan kita. Jadi dengan semburan dari prduk ini ianya dapat memberikan udara dan melindungi kesan BPA terus kepada kita dan juga anak-anak. Maknanya korang boleh lah sembur kepada mainan plastik anak-anak korang tu. Memastikan segala kimia atau toksik yang ada terkawal. 





Kebaikan lain pula ianya memberikan udara yang bersih di dalam rumah. Dengan sekali semburan di dalam rumah kita, kita dapat nyahkan unsur negatif di dalam rumah tau. Dengan itu udara yang ada lebih mesra dan memberikan kesan segar di dalam rumah. Jadinya korang boleh sembur di ruang tamu dan di semua bilik tidur di dalam rumah bagi memastikan rumah kita dilindungi dari pelbagai kuman berbahaya akibat pencemaran alam yang tak boleh kita elakkan. 
 

Bagaimana cara produk ini digunakan ialah dengan menyembur kepada objek dan sapu perlahan-lahan dengan mengunakan kain untuk perlindungan bagi 10 hari. Yang ini sesuai kalau korang nak sembur kepada mainan anak-anak yang plastik tu kan. Cara kedua, korang boleh sembur kepada pakaian macam minyak wangi untuk meningkatkan perlidungan antibodi badan. Cara ketiga, sembur kepada topeng muka untuk memberikan kita udara yang lebih bersih ketika berada di luar. Setiap semburan nescaya dapat memberikan perlindungan optimum dan segala bakteria dapat disingkirkan. Rasanya bukan sahaja anak-anak sesuai mengunakan produk ini, ibu yang mengandung dan bakal melahirkan pun sesuai. Iyelah sekarang penyakit kan macam-macam, jadi ibu yang mengandung kena lindungi diri mereka dan bayi dalam kandungan dari pelbagai kuman.



Bila dah bercerita panjang lebar mengenai produk ini, kolin sendiri mengunakannya tau. Kolin sembur pada bilik tidur setiap anak, ruang tamu, malah semasa mengosok pakaian baju sekolah mereka kolin sembur juga. Kita perlu tahu apabila anak kita ke sekolah, mereka lebih terdedah kepada lebih banyak kuman. Jadi ini lah tanggunjawab kita sebagai ibu bapa melindungi mereka. Beruntung kolin dah berjumpa dengan produk yang sememangnya diakui berkesan ini. Malah anak kolin yang sering bangun pagi bersin dah mula berkurangan. Tampak positif kesan setelah mengunakan produk ini selama seminggu. Malah setelah kolin sembur di dalam ruangan rumah, kini rasa lebih yakin dan selamat. Pada kolin bagusnya dia boleh mencegah selsema !

Revolutionary AirShield Technolgy daripada UK ini sememangnya memberikan satu khabar gembira buat semua ibu bapa di Malaysia kan. Teknologi “Self Sanitizing” (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman dan patogen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 10 hari.
Kolin sendiri seronok bila dah ada produk ini. Buat yang ingin dapatkan macam kolin, korang boleh ke Guardian yang berhampiran. Sebab harga sebenar adalah RM75, tetapi sekarang ada tawaran menarik harganya hanyalah RM69.90 sahaja. Buat yang mahu lebih banyak informasi boleh ke laman www.facebook.com/thymos.uk/ dan www.instagram.com/thymos.global/ untuk pelbagai cara kegunaan dan juga kebaikan dari produk ini. 



Kolin sememangnya gembira dengan produk yang memberikan perlindungan kepada anak-anak. ‘The World;s Most Powerful AirShield’ tiada bahan terlarang, bebas alkohol, tiada bahan kimia toksik, ph5.5 bagi penjagaan kulit dan membebaskan ion-ion negatif di persekitaran. Jadi korang baik mencegah sebelum terjadi sesuatu yang tidak perkara yang tidak di ingini. Hati memang dah senang sangat bila kolin percaya anak-anak dan keluarga kolin dilindungi. Lagi tambah bagus, anak bujang kolin yang menghidapi sinus pun telah berkurangan dan malah menampakkan kesan positif. Tiada apa yang kolin mahukan hanya kesihatan yang baik untuk keluarga kolin. Pada kolin THYMOS adalah satu produk yang cukup berbaloi untuk memastikan 100% perlindungan terhadap kesan virus yang ada terutama bagi Hand Foot Mouth Diseases HFMD yang kita tahu sering terjadi kepada anak-anak. Ada ketika pula di sekolah mungkin ada murid lain yang sakit, akan menyebabkan anak kita pun terjangkit. Pada kolin memang kolin sembur kepada semua pakaian sekolah anak-anak bagi memastikan mereka dilindungi. Kolin juga mengetahui melalui internet bahawa jikalau ia disembur pada tangan ia akan berfungsi sebagai “medical grade disinfectant”, iaitu dapat membunuh mikroorganisme atau kuman penyakit lainnya yang bertahap paling tinggi. Dengan semua ini, kolin percaya korang semua mesti rasa nak produk ini kan. Apa tidaknya, produk yang berbaloi ini sudah tentu dapat meringankan kegusaran hati apabila anak berada di sekolah atau sedang bermain. Sebab kita tahu, kita dah bagi 100% perlindungan buat mereka. Terima kasih THYMOS !!! 

Yang benar,

-Kolin Zainal-

Laman web : www.thymos.uk


Malaysian Distributor: http://www.enapakmarketing.com/



2 comments:

  1. nak kena ada satu jugak...sembur kat bantal, selimut, bantal busuk..hahaha..kalau tak asal bangun je selsemaaaa

    ReplyDelete

loving me..loving you