Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina, carian dalam talian platform SHOPEE meningkat 32%

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Kita semua bakal merayakan perayaan besar pada 16 Februari 2018, iaitu Sambutan Tahun Baru Cina. Dan kali ini kolin nak berkongsi dengan korang kejayaan platform Shopee, platform e-dagang terkemuka di Malaysia telah meningkat sebanyak 32% tau. Sekarang kan trend shopping dalam talian aje, memang masa ini banyak lah nak jimat masa order aje dari internet.  Termasuk lah kolin sendiri, sebab senang terus datang ke rumah semua barang tu kan. Tak buang masa pun. Lagi lah dengan kempen yang dijalankan iaitu 'Kempan Wang Bersama Shopee' pada 15 Januari 2018 yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 Juta untuk dimenangi. 



Sehubungan itu, aktiviti membeli belah yang meningkat selalunya pada musim perayaan ini telah memberikan lonjakan kepada carian dalam talian platform buat laman web ini. Shopee yang sememangnya terkenal dengan ini memang terbukti selamat dan ianya petanda yang baik sejajar dengan inisatif kerajaan untuk memaju sektor e-Dagang di Malaysia. Dengan penawaran penghantaran percuma ke seluruh Malaysia, sudah tentu ramai yang tidak melepaskan peluang kan. Tak perlu keluar kos penghantaran dan jua pengangkutan. Itu yang membuatkan laman platform e-dagang ini kian diterima oleh seisi masyarakat. 

Antara yang paling popular pada sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini  ialah kategori, PAKAIAN WANITA, MOBIL & GAJET, PERMAINAN KANAK-KANAK & BAYI, KASUT WANITA dan jua BEG WANITA. Nampak tak kaum wanita nak jimat masa tak perlu pun pergi mall, terus shopping online aje dan paling bagus banyak diskaun tau. Korang boleh nikmati potongan harga dan promosi atas pelbagai produk sempena KEMPEN WANG BERSAMA SHOPEE yang akan dilanjutkan sampai 25 Februari 2018. Kalau nak tahu, lebih 6 juta produk yang ditawarkan oleh 200,000 usahawan di Shopee Malaysia. Korang boleh pilih dan klik sahaja pelbagai produk dan barangan yang ada ditawarkan. Tambahan lagi, korang boleh klik dan bermain dengan permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.00.



Seterusnya Shopee, akan melancarkan pula Kempen Hari Gaji daripada 26- 28 Februari 2018 untuk korang semua. Ini bakal membariskan pelbagai tawaran menarik dan hebat dari pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan jua Lenovo. Nak shopping dengan mudah dan lancar, jangan lupa download atau muat naik aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. Dah shopping nanti jangan lupa kongsi kat laman sosial korang tau, #WangWithShopee

Yang benar, 

Kaki Shopping Online si Kolin Zainal


1 comment:

  1. Seronok rupanya shopping di Shopee nie. Jimat pun jimat. La ni dah jadi 'penyoping' tegar #shopee hih hii...

    ReplyDelete

loving me..loving you