Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Salam Hari Jumaat 23 Februari 2018

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar korang semua? Saja lah nak cerita sedikit  hari ini. Tak faham sebenarnya, kenapa lah susah sangat nak permudahkan urusan orang lain. Kadang kala, kolin perhatikan kita ni sengaja membesar-besarkan masalah kan. Kalau lah ada penyelesaian mudah, kenapa tak diselesaikan sahaja. Lagi parah, kalau masalah tu kecik, diperbesar-besarkan sampai menyusahkan individu lain. Padahal kita ni tahu, perkara ini remeh dan boleh diselesaikan dengan cara paling mudah. Pelik tau...pelik sangat...



setuju dengan perkongsian kata-kata ini. Dah tak mampu nak tolong, cuba jangan susahkan dia. Dah la dia susah hati, kena pula awak susah kan lagi. Bertambah-tambah kesulitan dia, aduhai. Dah tak mahu tolong, sila lah berlalu pergi ye. Tapi kalau orang tu asyik nak minta 'tolong' 'pinjam duit' tu, tak perlu layan la eh..sesekali bantu tak pe lah jugak, ni kalau tetiap bulan muka sama asyik tak cukup, kolin pun rimas oii...SILA JAGA AKAUN SENDIRI YE


haa..ini best, bayangkan orang tu susah, kita tolong dia. Susah dalam pekerjaan ker, kesulitan kereta dia rosak tengah jalan, motor dia habis minyak ke, apa sahajalah kesulitan orang lain kita beri kemudahan. Dah dikata tu...Allah akan beri kemudahan Dunia & Akhirat tau. Apa nak lagi, susah ke kita nak mudahkan kesulitan orang lain. Rasa kolin lah kan, macam mana kita bencikan orang tu atau individu tu, tapi kalau kita rasa dia ada kesulitan atau kesusahan tak salah kita membantu. Kebencian yang bersikap peribadi ini kolin rasa merepek sangat wei. Iye kolin pun tak sempurna, ada juga berkawan tapi tak lama, tengah jalan selisih faham terus hubungan dingin. Tapi percayalah, kolin dah maafkan dan habis dah cerita. Tak mau bergaduh dah...cuma kolin ada hak memilih untuk berkawan kan. Kalau masalah dalam pekerjaan, ini semua tak boleh bawak masuk kubur. Awak susahkan saya, awak sulitkan saya dengan pelbagai peraturan dan pelbagai perkara. Buat laaa..jika itu buat hati awak tenang hari-hari. Percayalah, awak tetap saya doakan awak hari-hari. Sebab saya percaya, doa orang teraniaya makbul. Lagi pulak saya ni tak diberi ruang pertahan diri. 


itu mungkin kisah kolin serba sedikit. Tipulah kita tak ada masalah kan...nampak gelak-gelak ..gembira tapi hati terusik jua. So korang ingat ye, KITA PERMUDAHKAN KERJA ORANG LAIN, ESOK LUSA KERJA KITA JUGA DIPERMUDAHKAN.  

Kolin doakan korang bergembira di hujung minggu ni ye. Kolin ni happy sesangat hari ini sebab Ferrari (kereta iswara tu) kolin 24 Februari ni genap 14  tahun dah wei. Tadi pergi renew insurans dan roadtax kat pejabat pos. Dah lama kereta kebal kita hahahhaha. Tapi tetap sayang, maklumlah yang 'tua disayangi' tau. Bersyukur ada kereta kan. Semoga korang ceria dan gembira selalu ye...

Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you