Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: Menginap di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kolin dah menginap di sini beberapa kali. Tapi rasanya bila check in sini minggu lalu, susun atur dan warna bilik dah berubah di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam ini. Buat korang yang mungkin nak mencari tempat nak relax, nak chill dan tak mau drive jauh-jauh mungkin lah boleh mempertimbangkan untuk menginap di sini sebagai salah satu percutian ringkas yang boleh korang plan kan. 

Bilik yang kolin dapat ini terletak di aras 13. Macam biasa, di sini senang sahaja nak parking. Sebab tempat letak kereta tu memang mencukupi untuk tetamu. Ruang lobi dan lif ke bilik pun okay lah. Jadi jom kolin tunjuk korang bilik yang kolin menginap di sini. 


 Ini lah dia bilik yang masa masuk-masuk tu dah macam waaa.... waaahh wahhh.. ya ampun selesa. Walaupun ada sedikit bau kurang menyenangkan, macam bau karpet basah tu, tapi tertutup semua masalah tu bila nampak dua tempat beradu yang kemas dan sangat selesa itu. Warna pun memainkan peranan kan. Jadinya untuk warna dan susun atur bilik ini kolin bagi A. Best !!





Tuala ada, semua toileteries ada. Cuma kolin tak best sikit jerr...sebab nak gosok baju kena request. Sebab sekarang kebanyakkan hotel dah letak iron board dan seterika dalam bilik. So kat sini korang kena request lah. Korang kalau ke sini boleh hubungi housekkeeeping kalau nak mengosok baju okay. Untuk siaran television pula, banyak juga la siaran yang boleh dipilih kat sini. Best lah, kiranya kalau bawak anak-anak kat sini, mereka tak lah bosan.  Dan bilik ini agak besar tak sempit pun. 

Bilik mandi dia memang lawa, tampil mewah dengan kemasan jubin hitam dan warna keemaasan. Tapi kolin memang berkenan sangat kalau ada bath tub. Malam tu memang kolin sempat lah buat mandi bunga hahahahh. Itu lah suka kalau ke hotel yang masih menawarkan bath tub. Kekadang mandi berendam air panas merupakan satu terapi kan buat badan yang sering bekerja. Korang kalau tak pernah, kenalah cuba tau. Memanjakan diri sesekali tak salah pun. Ajak family mai hotel, relak dan tak perlu fikir buat kerja rumah memasak dan mengemas tu tau.



 ada bath tub tu memang penting untuk kolin 



 ada ruang almari dan peti untuk menyimpan barangan berharga



Inilah dia senyuman seorang kolin yang suka dapat bilik yang sangat selesa untuk bermalam. Kalau korang nak menempah boleh lah google sahaja Hotel Grand Bluewave Shah Alam. Ini review ikhlas tau, kolin suka aje nak berkongsi dengan semua pembaca yang tetap setia mengunjungi blog sendu ini walaupun kekadang kolin busy sangat tak update apa pun. Jadi siapa yang nak melancong atau saja nak lepak shah alam, boleh lah ke sini ya. 

Selamat bercuti korang...dan buat yang kaum cina yang meraikan sambutan Tahun Baharu Cina, kolin sekeluarga mengucapkan 'Gong Xi Fa Chai'. Semoga tahun baru ini membawa seribu kegembiraan buat semua yang meraikannya. 

Love, 

Kolin Zainal 

4 comments:

loving me..loving you