Assalammualaikum & salam sejahtera
Yeayyyy... Mulanya malu dan takut-takut sangat. Tapi rasanya pilihan kolin tak salah. Membuka channel youtube sendiri dan sekarang bolehlah tahan. Ini semangat kolin dapat dari keluarga dan rakan-rakan selepas Milo Malaysia memilih social experiment yang kolin lalui melalui kempen MAMA KEMBALI KE SEKOLAH. Dari situ kolin semangat sangat nak buat video sendiri. Cuma kolin masih amatur dalam bab ni dan masih lagi mencuba nak edit lawa-lawa tau. Nanti dah expert, lagi best Insha Allah, korang jangan lupa doakan kolin ye.
Dan bukan itu sahaja, kolin turut mula melibatkan Alisa Maisara dalam video dan Ali Imran sebagai tukang rakam hahahahha. Husband pun dah mula faham hobi terbaru kolin ni. Semangat bila kita share ada yang tengok dan komen. Yang pasti kita tak la buat perbuatan yang kelakar sampai tak boleh terima akal. Viral kan sekarang kalau ada video yang sedikit
'ngek' hahahhahahaha. Tapi kita tak boleh judge orang lain, itu kan pilihan memasing. Ini antara video yang kolin kongsikan. Harap 2018 dapat cari 1000 subscriber la ye. Semangat ni tau...
Paling tinggi viewers setakat ni 16k video kolin masak rendang ayam cili api. Tak ada bercakap apa pun, cuma video cara masak. 6 bulan upload, dah 16k, okay la tu kan. Okay, lepas ni kita rajin-rajin buat video dan kongsikan ye. Buat korang yang nak bagi sokongan kecil, tolong subscribe channel kolin bolehhhhhh
Terima kasih korangggggg
Jasa korang akan ku ingat selalu....
Lebiu,
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you