Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: Loh Sang bersempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Concorde Hotel Shah Alam

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Gong Xi Fa Cai !!!

Siapa sahajalah di Malaysia ini tidak merasai kemeriahan sambutan perayaan ini kan. Memang Malaysia kan aman makmur dan berbilang kaum. Di kesempatan itulah, Hotel Concorde Shah Alam telah menawarkan hidangan yang sangat istimewa iaitu 'Feast of Prosperity' di RakuXin Restaurant yang terletak di aras yang sama dengan ruang lobi hotel. Pintu masuk pun dah mengamit perasaan dah tau. Ada tiga menu yang ditawarkan bersempena dengan Sambutan Tahun Baharu tahun ini dan antara hidangan yang ada dalam menu ialah ialah Salmon Yee Sang, Scallop Yee Sang, Pear & Salmon Yee Sang and Pacific Clam Yee Sang atau Abalone Yee Sang. 


Bersama Puan Amilia, Director of Sales & Marketing dan Cik Tany dari Sinfullydelicious

Selain itu, antara yang istimewa ialah Fish Maw Yee Sang, Disney Yee Sang. Dan bahan penyediaan ialah lobak putih, halia muda, keropok, labu, buah betik, sos plum dan banyak lagi ramuan lain bagi memberikan kesedapan pada Yee Sang yang ada di RakuXin Restaurant di Hotel Concorde Shah Alam. Untuk Yee Sang harga bermula dari RM88nett. Jangan risau, kalau korang yang nak merasai kesedapan hidangan ini, restoran ini ada sijil Halal. Jadi boleh lah datang bersama keluarga, kalau nak rasa hidangan yang lain dari yang selalu kita makan kan.


Dried Scallop & Crabmeat Soup

Duo Roasted Chicken & Duck

Steamed Tiger Garoupa in Hong Kong Style

Fried Rice with Garlic Prawn, Shimeji Mushroom & Salted Egg

brocolli and black mushroom served with butter dried oyster

chilled soya bean with sea coconut & rambutan 

New Year Egg Tart & Lotus Mochi

Selain itu, restauran ini juga menawarkan pakej untuk meja bagi 10 orang bermula pada harga RM888 nett, RM988 nett atau RM1188 nett. Ada 8 - course menu dan ianya memang menyajikan hidangan yang mengiurkan. Sebab kolin dah makan tau, itu pun masa menaip cerita ni teringat-ingat kelazatan hidangan di sini. Untuk Yee Sang ada waktu lunch iaitu dari jam 12.00 tengahari sehingga 2.30 tengahari, manakala makan malam pula bermula dari 6.30 petang sehingga 10.30 malam bermula dari 1 Februari 2018 sehingga 2 Mac 2018 yang dibuka dari hari Isnin sehingga Sabtu. 




Bagi yang ingin buat tempahan, korang semua boleh lah hubungi 

Concorde Hotel Shah Alam 
Tel: 03-5512 2200 atau emel sahaja ke shah@concorde.net 

Buat semua yang meraikan, Selamat Tahun Baharu Cina kolin ucapkan. Dan yang mana balik ke kampung  atau di mana sahaja korang berada, semoga dalam keadaan baik-baik sahaja. Buat Hotel Concorde Shah Alam, terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami hidangan yang sangat sedap. 




Kemeriahan sambutan 'Loh Sang' di Rakuxin Restaurant, 
Concorde Hotel Shah Alam. 





Love, 

Kolin Zainal 

2 comments:

loving me..loving you