Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

FAMILY: Aktiviti kami ' Ali's Family' sepanjang cuti Perayaan Tahun Baru Cina 2018

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Mesti korang ni, ramai yang balik kampung atau bercuti masa cuti panjang Tahun Baru Cina bebaru ni kan. Kami sekeluarga 'Ali 's Family' memang dah berhenti ke mana-mana kalau cuti CNY, serik wei. Serik jem, makan dan nak ke toilet pun payah kalau masa cuti panjang ni. Jadinya kami lah warga KL yang duduk di KL yang memang lenggang sebab ramai warga kota balik kampung dan bercuti. Kolin memang tak gemar bercuti time cuti sekolah atau cuti perayaan ni. Pening kepala wei...tunggu holiday kami sekeluarga pada bulan Mac nanti. Tak sabar nak holiday sesama 💕

Makan Besar  



Kalau yang meraikan makan besar, kami pun sama lah hahaha. Monteng memasak dan suruh mereka masak sendiri di Ngences Giga. Haa...tempat stimbot dan makan perapan daging kambing yang sememangnya menjadi kegemaran kami sekeluarga. Melepak dari jam 8.30 malam sampailah jam 10.00 malam. Dah kata buffet kan, kami ambil masa makan lah perlahan-lahan. Alisa dengan ais krim dah bermangkuk dah. Harga untuk Dewasa tak silap dalam RM29 dan kanak-kanak RM18 kut..lupa dah wei. Tapi tak termasuk minuman, jadinya Tower Air Sirap tu harganya RM20. Minum laa sirap sampai mabuk hahahaha. Itu hari Jumaat tau, siang hari hanya melepak di rumah, malam kita makan besar lerrr


Kidzania dan melepak Starbuck 

Ini dah hari kedua bercuti CNY weii. Disebabkan masih ada last voucher Kidzania yang bakal tamat pada 24 Februari, kolin dan suami decided lah bawa mereka ke Kidzania. Masih malas masak, so sebelum pergi kami semua makan nasi siap-siap di Restoran Bapak di Jalan Kuching tu. Ha...bab restoran tu, hati-hati sebabnya harganya mahal sangat. Macam tak masuk akal dengan lauk yang dimakan dengan harga. Tahap kebersihan 2.5 dari 5 bintang la..agak bersepah di bahagian nak pergi basuh tangan tu. Tapi dah masuk dalam perut pun kan....kebersihan tak ada..kembang tekak nak pergi lagi kan. Betul tak..bukan nak memburukkan, tapi kebenaran.




Dalam jam 12.30 kami sampai ke Kidzania, terus check in kan dedua budak ni haaa. Pergilah korang masuk bekerja. Disebabkan umur mereka dah lebih 8 tahun, jadinya kami berdua tak perlu teman pun mereka berdua. Bagi duit makan dan minum, dan sekali sekala kami telefon untuk memastikan mereka okay sahaja. Korang bayangkan kami kena menunggu dari jam 12.30 sampai lah ke 7.00 petang. Memang mereput kitaorang hahahahhahahah

Memula shopping baju nak holiday kan Padini tu ada sale. Lepas tu ronda-ronda window shopping. Tapi kami memang malas nak masuk IKEA sebab tengok keadaan orang membeli belah macam nak pergi perang weii..memang tak nak lah join sama kan. Last-last tengok Starbuck ada promosi 2 tu, hanya RM32. Kami pun melepak lah ...sambil borak, sambil main phone, sampailah hari hujan lebat pun kami tetap kat situ. Kaki dah lenguh nak ronda mall wei...Bila dah tahap bosan, itu lah yang menjadi wefie merepek-repek ini kan. Lantak laaa janji bahagia katanye...Lepas tu kami pun balik lah, disebabkan aku dah muak makan luar dua hari berturut ni. Malam tu masak sup ketam dan telur ikan tenggiri goreng dengan daun kari. Puas hati makan masakan sendiri kan. 


 laki aku asyik tengok FB video kisah memacam lerr eh


Hari Ketiga cuti CNY - Happy birthday mama

Macam entri Birthday Cik Timah sebelum ini kolin sambut hari lahir mama kolin iaitu Cik Timah di Midvalley MegaMall. Balik dari situ, kami hanya melepak dan berborak aje kat rumah. 


Itulah dia cuti CNY, 3 hari kolin sekeluarga. Tak jauh pun ..kami kat kawasan sini aje. Korang cuti kat mana wei, dengar cerita jem sakan kan. Apa pun harapnya jem ker apa ker..korang semua sihat dan selamat seisi keluarga ya...

Salam Sayang,

Kolin Zainal 

 

4 comments:

  1. penuh aktiviti CNY kn...ngeces giga tu kt mana wei..mcm pernh bc tp lupa...bole try nanti..abg ada bole jg adik time dlm kidzania..aku ank sorg tk pernh tgal lg..mmg masuk skali tp nasibaik la sbb menang tiket kn ..kalo byr jenuh juga la hehe...meriah busday cik timah ngan cucu2 nya..sedap nmpk kek hagen dazz tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiii amy...ngences tu tengok IG dia beb..lupa aku alamatnye hahahhah. Ye lah anak ko sorang kena bwak sepupu teman kut baru boleh tinggal. kek sekerim haagen dasz tu sedap nookkkkkkk...

      Delete
    2. sepupu die pn kecik beb...die yg paling beso...ni minggu ni aku nk pi kidzania..masuk free lg hehe..hah nanti aku tgk IG ngeces tu

      Delete
  2. Sebab tau akan jammed maka x pergi mana- mana..kuar pun area Seremban je..lagipun mak sakit kan..x sampai hati nak tinggalkan..

    ReplyDelete

loving me..loving you