Assalammualaikum dan salam sejahtera
Seafood !!! Makanan laut yang pelbagai weiii. Memang terliur kalau kita sebut sahaja seafood atau makanan laut. Jarang orang tak suka ketam, udang, ikan, kerang, sotong dan sebagainya. Baru-baru ini kolin diberi kesempatan untuk kembali ke sini dan merasai kembali hidangan mereka yang lazat tu. Sebenarnya kolin pernah ke mari beberapa kali, tapi tak pernah pun bercerita dalam blog. Tapi kali ini disebabkan kolin baik hati, kolin nak berkongsi kat sini heheheh. Perasan ye kawan-kawan, saya baik hati hahahah.
Ok bebalik kepada hidangan dari Aroma Ikan Bakar di Jeram, Selangor. Mengikut orang yang menempah hidangan hari ini ianya RM55 untuk seorang. Kebetulan ada urusan kerja dan dapatlah kolin merasa hidangan kat sini. Terima kasih lah kepada yang sudi ajak kolin join sekali program dema ye. Tak rugi, makan sedap sahaja selama 4 hari program tu. Disebabkan berbaloi dan sedap kolin nak berkongsi dengan korang semua gambar-gambar yang sempat kolin snap buat tatapan ye. Amaran lemah lembut iaitu, ianya bakal mengundang air liur menjejeh lepas tengok gambar hahahah. Inilah dia Selangor, siapa cakap kat selangor tak ada tempat makan sedap. Tak perlu jejauh pun tau.
Dah tengok..dah ambil bau ke semua pembaca kesayangan hahaha. Jangan lupa bawak semua yang tersayang dan cuba makan di Aroma Ikan Bakar Jeram ye. Salam sayang dari yang kuat seafood... Banyak menunya tapi perut dah nyut-nyut mintak makan. Jadi sayur, tomyam, buah, semua yang tu ada dalam gambar beramai-ramai tu. Korang jangan lupa try ye.. Berbaloi
Love,
Kolin Zainal
Wah.. sedapnya tengok ikan dia
ReplyDeletethk u..nanti cuba tau. pergi ke jeram selangor
DeleteMacam best je.. boleh try ni
ReplyDeleteha aa..berbaloi..nanti cuba okay. restoran pun tepi laut..best
Delete