Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MAKAN: King Char Kuew Teow (KCKT) di Port Dickson

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Nak cuti sekolah, cuti sambutan tahun baru cina kan, ini lah masa kolin nak berkongsi ini. Buat korang yang plan nak mandi laut nanti masa cuti, ini kolin nak kongsi tempat makan yang dah pernah keluar JJCM TV3 pun. Inilah dia KING CHAR KUEW TEOW di Port Dickson.  Buat peminat kuew teow ini salah satu destinasi yang boleh korang cuba datang merasa tau.




Ruangan kedai ini biasa sahaja, ada tempat duduk di bahagian dalam dan kerusi meja di letakkan di bahagian hadapan. Tempat parking kereta ada di sebelah kanan kedai. Selain menjual pelbagai variasi kuew teow, mereka juga menjual burger dan pelbagai makanan western yang lain. Tapi fokus kolin ada kuew teow. Sebab kuew teow di sini memang lain dari yang pernah kolin pergi cuba. Ini menu mereka buat tatapan korang semua. 


Ada CKT Lamb..CKT tu Char Kuew Teow lah. Mereka singkatkan untuk nampak mudah sebutan. Pada kolin nampak lah hipster sikit hahahaha. Ada CKT Seafood, CKT Beef, CKT chicken grill, CKT sotong dan paling mengancam CKT Ketam laaaa. Tapi malam tu disebabkan kolin dah dinner kat hotel tak boleh nak review CKT Ketam atau CKT Sotong tu. Teringin nak repeat dengan keluarga tersayang nanti. Barulah syiok makan sedap-sedap bersama yang tersayang, betul tak? Setakat ini kolin review apa yang kolin makan ye. Kolin order CKT Seafood sahaja dengan harga RM7.30. 

 Ini antara menu lain yang korang boleh pilih kalau tak gemarkan char kuew teow lah. Macam kolin cakap tadi, western pun ada. 

Inilah dia CKT Lamb yang dihidangkan




Sorry presentation tak berapa kemas. Tapi ini lah dia char kuew teow kan, memang kuah kena banyak baru lah sedap. Lamb pula diletakkan di atas sepenuh-penuh pinggan. Kawan kolin review cakap biasa aje, cuma dia grill lamb dan letak atas tu. Tak silap harga dalam RM15.90 untuk satu pinggan. 




yang ini CKT Seafood yang kolin order. Simple ada kerang dan udang. Dan portion atau bahagian yang sesuai lah untuk seorang makan pada kolin. Harga boleh laa RM7.90 untuk satu pinggan. Tapi mungkin korang boleh jumpa RM5.00 sepinggan dengan ada udang dan kerang sepinggan kolin tak tahulah kan.

Review kolin, secara peribadi lah ye. Malam tu kuew teow tu agak hangit. Mungkin juga disebabkan kuali yang panas sangat tu digunakan beberapa kali kut. Tapi kuew teow tu biasa aje lah, macam yang korang makan di kedai kuew teow di Penang. Tapi yang win adalah lauk pauk tambahan mereka sediakan tu. Macam sotong, ketam dan juga lamb. Kalau kuew teow sahaja, biasa-biasa aje. Tapi tak salah korang pergi ke Port Dickson dan cubalah makan di sini. Ini hanyalah pendapat kolin yang dah makan hujung minggu yang lalu. Tapi kolin pasti kembali bersama keluarga untuk makan lagi kat sini tau. Bukan apa, teringin juga nak try CKT Ketam dan CKT Sotong tu. Agak mahal, tapi sesekali rasanya ok kut. Kita try makanan Malaysia yang unik dan meriah, betul tak?



Buat yang nak berjalan cuti CNY nanti, try lah ye. Kolin percaya, hujung minggu nanti mesti penuh kedai ini tau. Kolin pergi tu hari biasa bukan hujung minggu, tu agak lenggang lah sikit. Terima kasih semua pekerja kat situ. Rajin melayan kami ambil gambar tau. Lepas tu kalau korang lepak lama sikit, sure mereka datang lagi tanya kalau ada tambahan order. Bukan apa, korang tak perlu jerit panggil mereka pun kalau nak tambah tau. Lagi best !! Cubalah ye wahai peminat Char Kuew Teow, tak rugi ~




Yang benar,

Kolin kaki Char Kuew Teow

1 comment:

loving me..loving you