Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Ini lah dia hasil kutipan SYILING BERSEPAH sepanjang setahun 2017

assalammualaikum dan salam sejahtera 

Nak tanya ni...Korang sama tak dengan kolin, jiwa mak-mak mesti menyampah aje tengok syiling bersepah dan nak tanya siapa punya. Lagi lah dalam rumah tu memang jenis kaki letak duit sana sini. Sama lah rumah kolin, dari suami ke anak-anak memang tak reti menyimpan. Kalau mesin baju tu, usah lah kata, penuh poket si suami dengan syiling-syiling yang lupa dia keluarkan. Kalau nak nasib kita baik 'bulan mengambang' dapat lah duit kertas hahaha. Itu kira bertuah la..sorry eh..kalau dalam mesin tu jumpa memang kolin ambil. Anggaplah upah kita kan, basuh baju, sidai baju dan jua melipat baju. Kan penat tu weii...


Selalu kalau jumpa duit syiling kolin akan kutip letak aje atas meja. Dan selepas tu biarkan. Tapi pada tahun 2017, kolin telah mulakan satu inisiatif. Segala syiling yang kolin jumpa akan dimasukkan ke dalam tin biskut yang telah diolah dan dijadikan tabung. Jadinya memang segala mak nenek duit syiling yang dijumpai memang kolin akan masukkan dalam tin biskut tu. Dan akhirnya pada 2 Januari 2018 yang lalu, acara mengira hasil kutipan syiling bersepah pun telah dilancarkan. 

Korang tahu tak, dalam sesaja kutip tau, ini bukan niat menyimpan. Kolin telah berjaya mengumpulkan RM212. Banyak kan jumlahnya!! Tak sangka yang bersepah-sepah tu mendatangkan hasil yang lumayan. Duit tu kolin tunggu masa nak pergi ke mesin syiling untuk dimasukkan dalam bank dan disimpan sebagai Dana Umrah untuk kami sekeluarga. 





Kalau kolin dah mulakan, korang pun boleh rasanya. Dari bersepah sana sini syiling tu, boleh lah korang kutip dan himpun satu tempat. Syiling ni bahaya juga buat yang ada anak kecil. Manalah tahu masuk mulut ke apa kan. Jadi memang jadi tabiat kolin dah...dalam rumah jumpa aje terus simpan dalam tin. Dan 2018 ini kolin dah pun mulakan balik!!  Semoga lebih banyak laa kutipan tahun ini ye hahahhaha. Anyway, ini salah satu usaha nak menyimpan dan jua menghargai setiap RM. Bak kata nenek kita laa dedulu 'eh lima duit pun duit juga". Mulakan ye korang...mulakan dan nanti mesti jadi ketagih. Selamat menabung semua...




Suka pakai tabung terpakai,

Kolin Zainal  

6 comments:

  1. asyukkkkkk..hehehe...Sally punya tabung dah kena pecah masa tuan dia kat Korea..huhu

    ReplyDelete
  2. Ahahha...sama geng dengan pak cik lol.. kutip segala duit syiling .. sampaikan aku punye pun dia rembut huhuhu...

    ReplyDelete
  3. Akak pun jenis kutip je duit syiling masuk tabung bila jumpa..la ni tgh giler kumpul duit RM20...target nak kumpul sampai Dec 2018...moga2 x hangat2 taik ayam..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kolin dah mula syiling lama dah. now nak istiqomah duit kertas lak. see how berjaya ker tidak hahaha

      Delete

loving me..loving you