Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Video kami ke Taman Negara dah Release !!!


Assalammualaikum dan salam sejahtera
Dah macam kami keluarkan single terbaru lah eh, dah RELEASE  katanye hahaha. Inilah dia percutian tahun lepas ke Taman Negara Pahang yang masih bermain di fikiran kami sekeluarga.  Masa kami bercuti tu sempat jugaklah kolin rakam beberapa video untuk kenangan kami sekeluarga kan. Jadinya rakaman semua tu kolin muatkan dalam satu video berdurasi hampri 13 minit untuk semua yang nak lihat sendiri keseronokkan berada di Taman Negara Pahang. Dengan jungle night walk kami semua kena pacat, dengan mendaki selama 2 jam setengah, tetapi ada juga video masa kami naik tree top walk tu tak dapat dirakamkan. Maklumlah masa tu kedua-dua tangan harus berada di tali pemegang. Sebab bahaya kan, kalau korang nak merasa sila bawa anak-anak ke sana okay. Dari berhabis ke luar negara dengan pasport bagai, baik habiskan dengan menyaksikan keindahan negara sendiri. Tapi kalau kaya bolehlah ke oversea heheheheh. Syukur, musim monsun dah pun berakhir dan kolin lihat maklumat dari Facebook, resort yang kolin pergi tu selamat dan telah pun beroperasi semula selepas air banjir yang lalu. Maknaya korang semua dah boleh buat tempahan lah kan. Kalau nak best, bulan Mac 2018 ada cuti sekolah tu, boleh lah pergi bersama-sama keluarga dan habiskan masa di dalam alam semulajadi. Tiada talian telefon, tiada TV, tiada radio dan masa ini lah kita mak bapak boleh habiskan masa dengan anak-anak dan kenali anak-anak kita. Dah panjang lebar sangat kolin membebel ini, korang jangan lupa klik video tu okay. Kalau rajin marilah subsribe sekali channel Alialisakreatif Blogspot tu. Bukan nak menunjuk atau apa pun, niat kami sekeluarga hanyalah kenangan untuk kami tengok semula nanti. 

Please do enjoy the video ya




We are creating memories πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ
Love, 
Kolin Zainal 

2 comments:

loving me..loving you