Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Tampil dalam WHI TV3 Live - Kempen Milo Kembali Ke Sekolah

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Macam tak sangka!! Memang macam mimpi. Tak pernah kolin bayangkan pengalaman sebesar ini. Mungkin buat korang, biasa-biasa aje kan. Tapi ini lah pengalaman hebat kolin. Dari 2017 kolin dah mula shoot dengan team production dan memang tertunggu sangat bila lah agaknya nak keluar video tu. Akhirnya mimpi jadi nyata bila video kolin kembali ke sekolah bersama MILO tu ditayangkan di dalam laman youtube Milo Malaysia. Eh saja nak bagitahu, kesempatan yang kolin dapat tu bukan atas tiket 'blogger' tapi kolin terpilih lepas menjalani sesi ujibakat atau 'casting'. Menurut kawan tu, ada 40 orang mak yang mereka ujibakat dan inilah dia rezeki yang yang tertulis buat kolin sekeluarga. Syukur !!





Disebabkan short movie di youtube tu, pihak agensi dan Milo ingin kolin tampil di dalam Wanita Hari Ini TV3 secara Live uolsss. Jadi 2 Januari tu jam 11.00 pagi kolin dah sampai kat Sri Pentas Bandar Utama tu. Ya ampun...masa jejak kaki kat situ dup dap hahahah. Sebab kolin belum pernah sampai pun kat stesen tv ini. Inilah kali pertama. Masa sampai kolin di sambut oleh agensi dan diberikan taklimat lah sebelum nak keluar secara langsung. Berdebar sampai tak boleh nak tidur malam sebab 'LIVE'. Tau kan secara langsung kalau silap, habislah malu kan. Itu yang kolin takut sangat !! Takut tak deliver apa yang client mahukan. Takut kolin tersilap!!! Dah siap mekap, siap diberi taklimat. Jam 12.35 adalah slot kolin, berjalan lancar dan client pun happy. Nasib baik kolin dapat deliver tugasan yang diberikan. 


satu wefie beramai-ramai besama agensi dan jua client. terima kasih semua !!!

Berada di set WHI TV3 adalah perkara yang sangat manis tau. Iyelah dah lah secara langsung, siapa sangka kolin berjaya yahooo. Inilah permulaan 2018 yang terbaik buat kolin dan keluarga. Semoga dengan pengalaman ini memberikan kolin lebih banyak pendedahan dalam melangkah lebih jauh lagi. 

Tak lupa kolin nak ucapkan kepada FAZLEYN adalah orang yang bertanggungjawab buat kolin terpilih. Pembuka jalan kolin, tak lupa kepada team Mojo Production yang menghasilkan satu karya yang berjaya menyentuh hati kolin dan semua yang menonton video 4 minit di youtube. Rata-rata yang menonton sebak tau. Terima kasih buat suami dan anak-anak menyokong mami buat kerja ini. Terima kasih kepada rakan-rakan, sahabat dan kawan-kawan yang menyokong kolin. Niat kolin bukan nak jadi retis, artis, selebriti atau apa aje dalam bidang glamor. 


terima kasih korang yang send wasap gambar ni. Silap masa ni kolin pakar makan ada lah hahahah

Kolin anggap ini pengalaman seumur hidup yang boleh kolin simpan sebagai kenangan. Mana tahu nanti kolin dah tiada di dunia ini anak-anak kolin boleh tunjuk kat cucu cicit kolin. Nenek pernah berlakon utube Milo Malaysia tau hahahahah. Ini kan kenangan, kenangan yang sepanjang masa akan di situ Insha Allah. Doakan yang baik-baik okay. Kolin doakan semua yang baca entri ini dipermudahkan urusan dan dapat rezeki yang melimpah ruah.

Terima kasih Milo Malaysia. Dan buat korang semua, enjoy lah video ini ya. Video kolin keluar di TV3 selama 6 minit aje hahahah. Jangan lupa subscribe channel tau !! 





Yang hati gembira, 
Kolin berkempen Milo Kembali Ke Sekolah

7 comments:

  1. tahniah.. bukan mudah nak berhadapan dgn camera kalau tak biasa kan..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Kolin.. Bkn senang nk berdepan masa kt set secara live kn.. Good job.. Kita yg shooting ms masak yg tk live pn neves apantah lg kalo live

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha aa...shoot tak live tu pun dah mengeletar. ni Live tak boleh silap weii

      Delete
  3. Tahniah..happy for you..i pun antara yg sebak tgok iklan tu..

    ReplyDelete
  4. Good job!! masa cakap nampak real sangat.. mcm dah biasa depan tv.. gituuuu

    ReplyDelete
  5. tahniah kak.. moga terus berjaya :)

    ReplyDelete

loving me..loving you