Assalammualaikum dan salam sejahtera
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 11 buat anakanda Ali Imran Bin Sazali. Ali Imran sambut hari lahir ke 11 tahun pada 26 Disember yang lalu. Memang rezeki Ali lah setiap kali birthday dia memang kami semua akan balik kampung sebelah suami di Kedah. Semua perancangan rapi kami buat dah beli kek, masak siap dan terus pergi berkelah di Titi Hayun yang terletak di Daerah kampung suami kolin iaitu Yan. Rinduuu..rindu nak balik kampung oiii
Tapi sebelum itu, kolin sempat lah shopping semua makanan laut segar bugar di Pasar Bisik-bisik Kota Kuala Muda. Korang yang dengar mesti pelik kan. Iyeeee..nak beli memang kena bisik-bisik, ada peluang datanglah ke sini.
Tahu tak berapa ringgit udang lipan banyak ni. Masa timbang tu adalah dekat 5 kilo. Memang puas lah makan, dah la segar, tak masuk peti ais lagi. Manis dia tak usah cakap ler...itu yang kolin rindu kalau balik kampung sebelah suami ini. Masa ini lah nak pulun seafood segar cukup-cukup.
Bila malam ini lah pemandangan waktu senja yang susah nak dapat kalau kat bandar tu. Damainya perasaan, buka aje pintu nampak pemandangan ini. Priceless....
okay itu sedikit sebanyak trip balik kampung yang kolin nak share. Patah balik pada tajuk entri ini ye..
Happy birthday Ali Imran !!
Inilah dia sambutan kecil-kecilan kat tepi sungai aje. Manakala kek yang kita beli tu pun hampir cair hahahah. Iyelah perjalanan dari Sg Petani ke air terjun lebih kurang sejam. Mana tahan si Indulgence tu. Apa pun dapat jugak makan, sedap sangat akak ipar kami masak. Terima kasih kak ina !!! Terima kasih selalu layan kami sekeluarga setiap kali balik kampung.

Selesai sambutan di kampung tu, sempat lah singgah rumah tinggalan kat Kampung Pauh Yan. Sempat lah tuan tanah kedaung bergambar hahahah. Rindu rumah ini, nanti kita sesama keluarga elokkan, boleh lah jadi tempat berkumpul semua nanti kan.
Selesai sambutan di kampung, memang dah jadi kebiasaan kami sekeluarga bawak anak-anak tidur hotel. Walaupun tidur di hotel cap hayam kata kau, tapi tetap hotel tau. Jadinya dari utara kami naik ke tanah tinggi Cameron Highland. Tidur satu malam di Brinchang area kawasan kedai dan food court tu. Booking walk in aje, ambil lah bilik yang sederhana dengan harga biasa-biasa aje awak. Janji dapat tidur semalam katanye hahaha..
family potrait to remember
Suka area tu sebab dah parking kereta lepas tu berjalan aje lah nak makan atau nak membeli. Tau ajelah Cameron Highland kalau time cuti memang sendat mendat dan padat kan. Jadinya melepak satu hari makan segala yang sedap di sini. Cuma kat food court tu tak sedap sangat kalau order nasi goreng atau apa saja. Baik korang cari kedai lain tau. Area-area belakang dekat Hotel Rosa Passadena tu ke. Area belakang-belakang tu banyak kedai makan tomyam yang boleh korang cuba. Oh satu lagi Brinchang tak ada dah pasar malam, semua dah pindah ke Tanah Rata. So kalau nak booking hotel, ambil area Tanah Rata. Jadi korang tak perlu keluar dengan kereta. Boleh jalan kaki sahaja ke pasar malam, tak buang masa dalam jem kan.

Dah sampai, sempat lah kami melawat kawasan sekejap sebelum balik ke sarang kami. Semoga anak-anak suka dan gembira dengan aturan yang mami dan papa buat ini. Tiada harta yang berharga selain anak-anak. Inilah kenangan buat Ali dan Alisa ye..
Sekali lagi abang ...Happy Birthday Ali Imran
Semoga baik-baik sahaja buat kamu !!!
Mami sayang kamu !!! Semoga abang bergembira sepanjang tahun ye sayang....Selamat Hari Lahir Anakanda Ali Imran...
Sayang anak mami,
Kolin Zainal
Seronok la dapat seafood segar bugar lahai terliur pulak FS.
ReplyDeleteJemput singgah blog FS 😊
happy belated birthday ali imran..thn ni dh 12thn...nk exam besar nanti
ReplyDeleteHappy belated birthday Ali Imran. Semoga menjadi anak yang soleh, patuh dengan mammy and papa kamu serta sukses dunia akhirat.
ReplyDelete