Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Hello korang !! Salam hari
Khamis dan semoga hari ini membawakan khabar gembira buat korang semua ya. Hari
ini kolin berbesar hati nak memaklumkan mengenai produk yang baru kolin temui
iaitu TASNEEM NATUREL. Masa mula-mula terima produk kecil, comel dan menarik
ini memang kolin tertanya sangat. Apalah yang istimewa kan produk ini.
Maklumlah kalau ikutkan balm untuk bayi ini kan dah berlambak di pasaran dan
kita boleh beli aje kat farmasi atau pasaraya kan. Tapi ternyata yang ini ada
kelainan sikit lah. Itu yang kolin nak share review kolin dengan korang hari
ini.
Buat pengetahuan korang, Balm Bayi Tasneem Naturel merupakan kit bayi
semulajadi yang memberi manafaat kepada semua ibubapa yang mempunyai anak kecil
dan paling bagus balm ini dirumuskan khas dari bahan semulajadi serta kombinasi
minyak pati yang bermutu tinggi. Patutlah setiap balm yang kolin cuba memang
ada bau tersendiri. Eh, jangan tak tahu bukan budak sahaja boleh guna balm ini.
Untuk golongan dewasa macam kolin boleh guna. Maklumlah kolin tak tahan balm
yang panas dan meninggal kesan merah kepanasan tu. Balm dari rangkaian ini
memang tak panas, wangi malah ianya memberi kesan
kelegaan yang pantas tau. Tanpa
sebarang bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna. Balm ini
diperakui selamat dan sudah tentu lah ada perakuan dari KKM uolss. Okay kolin
nak cerita dekat korang semua balm ini ada empat jenis tau.
1.
CF Rub
Ianya dirumus khas bagi
membantu anak-anak yang menghadapi masalah demam, batuk dan selsema. Bahan
seperti eucalyptus oil, cypress, tea tree dan lemon membantu melegakan
pernafasan, mengurangkan batuk dan mencairkan kahak serta dapat mengurangkan
suhu badan. Cara guna amat mudah, sapu di tapak kaki, dada, bahagian depan
leher dan juga belakang badan.
2.
Calm Time
Balm ini dirumuskan dari
minyak pati tulen seperti lavender, bergamot, frankinsense dan marjoram. Balm
yang berfungsi untuk memberi kelegaan dan keselesaan kepada anak korang lah.
Tahu atau tidak kalau anak korang meragam atau korang sendiri macam takde mood
kan. Sapu aje lah Calm Time ini memang membantu. Sapu di bahagian tapak kaki,
nadi kiri dan kanan, belakang telinga dan dibahagian tulang belakang. Kolin dah
cuba beberapa hari, memang kalau stress tu lega.
3.
Sleep Time
Ini yang paling kolin suka,
Sleep Time. Masalah dengan anak-anak yang sukar tidur malam dan aktif ini kan.
Faham sangat tentang masalah ini balm yang dirumus dari pati-pati tumbhan iaitu
cedarwood, vetiver, roman chamomile dan ylang-ylang memang membantu anak dank
orang sekali mendapatkan tidur yang berkualiti. Kini nak tidur sapu dulu kat
tapak kaki, perut dan dada supaya mudah lena dan bangun pun ceria.
4.
Tummy Time
Balm Tummy Time ini selamat
dan boleh lah mengantikan minyak telon yang korang selalu pakai tu. Bau pun
cukup segar dengan adanya fennel, ginger, lemongrass dan anise sebagai bahan
utama dalam balm ini. Sapu pada pada tapak kaki dan perut dan jangan lah lupa
urut-urut sikit. Sudah tentu memberikan keselasaan pada perut si manja. Kita
yang ada masalah pun boleh juga tau. So buat lah sapuan bahaigan perut dengan
urutan ‘I Love You’ bagi memastikan si manja lebih selesa.
Itulah dia sedikit sebanyak
mengenai 4 balm dari Tasneem Natural yang kolin boleh kongsikan. Kalau itu
fakta, ini kolin nak cerita review kolin sendiri mengenai produk ini.
KOLIN
REVIEW
1. Kolin suka dengan tekstur
semua balm sebab tak melekit pun.
2. Baunya yang fresh tak bau
macam minyak angin biasa. Jadi kalau pakai kat pejabat pun orang tak terkesan
kita tengah pakai minyak.
3. Kebetulan baru-baru ini
kolin demam selsema, duk sapu yang CF Rub yang warna pink tu kat hidung. Suka
sebab hidung tak merah akibat balm panas macam selalu. Yang ini memang lembut
pada kulit dan bau tak kuat. Paling penting, berkesan dalam masa yang singkat.
4. Yang Sleep Time tu kolin
memang disapu untuk anak-anak kolin sebelum tidur malam. Nampaknya mereka lebih
nyenyak tidur dan selesa. Bangun pagi nak ke sekolah pun cepat aje.
5. Balm ini padat isinya
jadinya berbaloi untuk dibeli.
Buat korang yang nak
dapatkan balm ini bolehlah rujuk informasi di bawah ini.
TASNEEM NATURAL
NETWORK
15-1 JALAN PUTRA
KAJANG 2
TAMAN PUTRA KAJANG
43000 KAJANG
SELANGOR
HOTLINE:
011-20964665 (Order) atau
010-8453469
(Daftar agen atau stokes)
Instagram:
www.instagram.com/TasneemNaturel(officialHQ)
Facebook:
www.facebook.com/tasneemnaturelHQ
Website:
www.tasneemnaturel.com
Harga satu balm ini ialah
RM49 untuk setiap satu. Tapi ada pakej jimat untuk korang yang nak beli lebih
dari satu. Untuk itu korang boleh lah DM atau call mereka untuk pembelian
seterusnya.Ternyata produk tempatan
tidak mengecewakan. Untuk sesiapa yang mencari rangkaian produk balm yang tidak
panas dan berkesan, boleh lah cuba yang ini ya.
Yang
benar,
Kolin
suka CF Rub Tasneem Naturel
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you