Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: Lipstick dari Huda Beauty

Assalammualaikum & salam sejahtera

Kalau dah namanya perempuan memang mana cukup dengan satu gincu atau lipstick kan. Macam itu jugalah kolin. Kali ini kolin nak cerita pasal bekas berbentuk bibir ni dari Huda Beauty. Rangkaian kosmetik yang terkenal ini bukan lah keuaran tempatan tau. Rasanya ramai dah beli bekas comel ni. Apa yang boleh katakan bekas ni memang comel dan ekslusif sangat. Buat yang belum dapatkan lagi, boleh la baca perkongsian kolin hari ini.

Ada beberapa seleksi warna yang boleh korang pilih. Buat kolin yang lebih suka warna natural dan kunun suka warna malar segar ini memilih 'bombshell'. Warna arah alam semulajadi dan tak la terang sangat pun.




Bekas yang lebih kurang besar sikit dari tapak tangan ini mempunyai 3 item kat dalam tu tau. Ada LIQUID MATTE, LIP STROBE dan LIP CONTOUR. Kiranya satu set untuk bibir kita la. Selalu beli satu persatu kan, tapi yang ini lengkap ada tiga. Gembira hati seorang kolin haha




Ini lah dia tiga rona warna dari rangkaian Bombshell dari Huda Beauty. Buat yang tak tahu, harganya memang ratusan ringgit lah. Memang rasa mahal kan, tapi sekali korang dah calit lipstik ini kat bibir. Mesti korang terus faham kenapa laa yang ini mahal betul. Sebab ianya sungguh berbaloi. 

KOLIN REVIEW

1. Lipstik Huda Beauty ini ada satu bau sedap macam coklat bila sapu. Itu yang membuatkan kita rasa sedap aje bila pakai lipstik ini. 

2. Dah makan, dah minum tapi warnanya kekal di bibir. Nampak lawa aje dan tetap anggun. 

3. Kolin paling suka matte dari Huda Beauty Lipstick. Sorry tau, setakat ni matte effect Huda Beauty paling best! 

4. Rasanya harga ratusan berbaloi sebab dalam satu bekas comel tu ada tiga item. So lengkap dengan semua yang korang boleh pakai. 


Buat pengetahuan korang banyak Personal Shopper (PS) yang boleh belikan korang kat overseas. Nasihat kolin berhati-hati sebab ada yang jual fake atau tiruan. Jadi yang nak tahu PS yang boleh dipercayai untuk beli Huda Beauty korang kat Harrods London tu boleh pm tepi kolin okay. TRUSTED PS tau kolin bagi uolsss. Murah dan pantas service mereka tau. Jangan lupa pm hokayyyy... 


Itu yang kolin gayakan tu Lipstik dari Bombshell Huda Beauty lah tu. Seharian pergi berjalan pun steady aje lawa matte Huda Beauty. Serius berbaloi!! Cepat pm kolin okay.. 



Yang benar, 

Kolin dah himpun 20 batang lipstik

2 comments:

  1. perempuan ngan lipstick berpisah tiada...kalo tk pakai lipstick pucat je...nice kolin

    ReplyDelete
  2. Woww.. hatiku pun tergoda! Colournya pun cool jer... nak kena beli jugak ni :))

    ReplyDelete

loving me..loving you