Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MAJLIS PELANCARAN STEA 'Be Gorgeous and Healthy Everyday'

assalammualaikum dan salam sejahtera

Hujung minggu yang lalu, kolin telah dijemput ke Majlis Pelancaran Produk STEA tau. Besar hati sangat dapat berkenalan dengan produk yang sememangnya kolin suka. Amalan minum teh hijau bagi mengekalkan berat badan yang ideal dan kesihatan yang baik memang dah jadi kebiasaan sebenarnya. Oleh itu, Majlis Pelancaran ini telah diadakan di Hotel Concorde Shah Alam dengan penuh meriah. Tengok laa sendiri korang, meriah ker tidak weii...penuh ceria kan.


Sementara nak mula majlis sempat lah posing sikit-sikit. Tengok produk yang display, lepas tu dapat minum teh hijau yang terkenal ni sekali. Rasa sedap, tak ada bau sangat dan yang paling penting tak kelat. Serum tu ala gel, lembut aje masa try hari tu.





hari tu tema hijau weii...

Acara dimulakan dengan bacaan doa dan kata-kata aluan dari pengacara yang penuh dengan humor. Memang sepanjang event ini asyik lah kami bergelak ketawa. Dan kemudian dimulakan dengan sesi berkenalan dengan pengasas produk iaitu Puan Mastura. Buat pengetahuan korang semua. Produk ini telah pun berada di pasaran semenjak tahun 2014 tau. 


Majlis hari ini adalah untuk memperkenalkan produk terbaru STEA iaitu STEA Beauty iaitu serum dan juga sabun untuk wajah. Jadi kami semua tengok lah video montaj tanda merasmikan pelancaran pada hari itu. Selain itu ada persembahan hebat dari penyanyi yang sangat berbakat iaitu Amylea Azizan (AF3)



ohhh. thk you photographer ...kolin suka shot ni hahaha
 Masa ini Amylea turut berkongsi dengan kami semua mengenai produk ini. Dia sendiri minum dan rasa keberkesanannya. Dan memang betul lah kata Amy, kita orang perempuan memang suka makan hahahha. Bila gemuk dah bising. Betul lah tu kan kenyataan.

Selain itu power weiii suara dia, terpesona kami semua kat event. Untuk memeriahkan majlis kami juga diberikan peluang untuk menjawab soalan kuiz yang disediakan oleh pihak penganjur. 

 Tahniah MEK ONIE

Pendek cerita semua yang hadir hari tu bawa balik hadiah la kiranya. Ada juga cabutan bertuah di adakan, tapi kolin kurang bertuah pagi tu hahahha. Jadinya kawan-kawan lain lah menang hadiah. Dah rezeki tertulis kan, tapi rezeki untuk kenal produk yang sangat bagus dan sihat ini ada tau. Tahniah buat pengasas Puan Mastura Shah !!!

STEA Teh Hijau


Antara kebaikannya ialah:

1. Mengawal berat badan
2. Meningkatkan metabolisma & mempercepatkan pembakaran    lemak
3. Melawaskan masalah pembuangan 
4. Mengawal selera makan
5. Mengurangkan kolesterol
6. Agen anti kemurungan 
7. Agen anti penuaan
8. Tinggi anti oksidan
9. Menambah tenaga
10. Menghalang pengumpulan lemak di dalam badan. 

Dan paling bagus sebelum korang bersenam, sila lah minum secawan tau. Cepat aje badan tu susut. 

STEA Beauty 


Antara kelebihan STEA Beauty ialah:

1. Mengandungi anti oksidan yang tinggi bagi merawat wajah.
2. Mengecutkan jerawat dengan cepat
3. Memudarkan jeragat dan parut jerawat
4. Mengecilkan pori-pori
5. Menghilangkan kulit kusan dan kasar
6. Melembapkan kulit dan menjadikan kulit tidak berminyak.
7. Mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata
8. Menjadikan tona kulit lebih sekata.
9. Agen anti penuaan
10. Menganjalkan kulit wajah

Ini adalah produk diformulasikan berasaskan teh hijau tau korang. So siapa yang ada masalah kulit rosak sebab pakai produk yang mengikis atau ada bahan berbahaya, cepat bertukar yang ini. Selamatkan kulit korang wei...terutama kulit muka betul tak. 

Dah tahu segala maklumat mesti korang tertanya-tanya mana nak dapat produk ini kan. Korang boleh ke laman web www.steabeauty.com.my untuk senarai agen mereka. Ataupun terus ke laman instagram mereka iaitu www.instagram.com/stea_Malaysia_HQ untuk terus order dan mula mengamalkan gaya hidup sihat okay. Kenapa perlu tunggu kalau dah jumpa produk yang bagus kan. Dapatkan STEA Teh Hijau pada harga RM60 dan STEA Beauty pada harga RM89. 

 Meriah tak ingat, seronok tak ingat dapat berjumpa dengan semua kawan blogger. Inilah event pertama kolin 2018..yeay...


Tahniah STEA !!


Kolin yang suka minum 'green tea'

 

2 comments:

  1. Biasa minum teh biasa.. Ni dh ada teh hijau bole cuba.. Meriah tema hijau

    ReplyDelete
  2. Sedap juga rasa Stea Teh Hijau ni, baunya pun ok. Yang best, boleh turunkan berat badan tu! Kena rajin minumlah ni...

    ReplyDelete

loving me..loving you