Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: KESERONOKKAN BERSAMA DENGAN KOLEKSI 'SUKAN RIA' CARRIE JUNIOR

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Hari ini kolin nak share salah satu produk yang memang menjadi kesukaan kolin dan keluarga. Kolin memang suka lah sangat dengan mandian dari Carrie Junior ini. Sebab apa kolin suka, sebab bauan wangi dan botol yang sememangnya tampil menarik. Dan kini zaman teknologi kian menjadi kegilaan di kalangan anak-anak. Memanglah menjadi gaya hidup anak-anak kini kurang aktif dan cenderung ke arah permainan gajet atau pun komputer. Korang tahu atau tidak sekarang ni Carrie Junior menampilkan koleksi Sukan Ria untuk mengalakkan anak-anak kita semua bersukan tau. 

Salah satu permainan adalah bermain dengan air. Jangan kata anak kolin sahaja, rasanya anak korang pun gerenti suka bermain dengan air. Tapi sedar atau tidak semasa mereka main air tu merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain dengan permainan mereka. Mainan yang sesuai sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemaihran fizikal mereka, mengilap kemahiran sosial dan emosi serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan. 



Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6 figura mainan comel yang dikenal sebagai 'Sukan Ria' bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda kanak-kanak. Ianya bukan sahaja mengalakkan keseronokkan ketika mandi malah ianya menekankan nilai murni dan interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif. Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada:

CARRIE JUNIOR - dari si gajah yang gemar bermain bola sepak
SPEEDY TOMMY - si kura-kura yang terpantas di atas trek larian
TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat
DRIBBLY MINKY - si racoon yang mahir dalam sukan hoki
SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong 
dan juga trofi kejohanan sukan yang akan dibungkus di setiap satu di dalam produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700 ml. 



Bungkusan seperti yang sebelum ini, cuma koleksi mainan terbaru ini disembunyikan di dalam 'ruangan rahsia' yang akan menempatkan figura mainan yang comel ini. Ianya memberikan kanak-kanak semangat meneroka dan rangsangan sifat ingin tahu. Bukan kanak-kanak aje seronok nak tahu hadiah misteri di ruangan rahsia tu, kolin sebagai mak pun teruja tau. 


Tengok lah si Alisa Maisara seronok sangat dapat figura mainan comel dia sendiri. Untu korang semua yang nak kolesi figura CARRIE JUNIOR & Buddies ini boleh lah beli di mana-mana pasaraya terdekat, apa sahaja variasi mandian yang korang suka tau. Asalkan saiz 700ml, gerenti dapat figura yang comel untuk keriangan masa mandi si manja korang. Diiktiraf halal, rangkaian CARRIE JUNIOR termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion dan Baby Oil ini mempunyai bau buah-buahan yang digemari oleh kanak-kanak dan juga seisi keluarga. Beli hari ini dan dapatkan figura comel okay !!

Babai

Kolin Zainal 

1 comment:

loving me..loving you