Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MAKAN LONTONG DARAT DI KLUANG, JOHOR

Buat korang yang nak ke Kluang jangan lupa makan Lontong Darat. Kolin pergi masa ada kerja luar hari tu. Tak ingat pula jalan atau taman apa, rasanya kalau waze jumpa kut. 

Ada sikit tempat parking kereta, tak luas mana. Tempat makan dia pun simple aje,  kedai kampung kan. 
 
Dan sudah tentu kolin order lontong darat biasa. Kalau lontong darat special dia letak telur. Itu sahaja bezanya
 
 
WARONG LONTONG DARAT
 
Siap sambal paru dan paling sedap serunding tu lah. Selalu kalau korang makan lontong berkuah kuning tu, siap sayur-sayur. Kalau yang ini dia ada kuah kacang. 

Tanya kolin pulak, dedua kolin suka hahah. Sebab abah kolin kan orang johor, mama kolin orang negeri sembilan. So kedua-dua hidangan ini memang dah menjadi santapan sekeluarga. Sedappppp...

Harga sepinggan macam tu cuma RM8 dan kolin rasa berbaloi lah sangat. Memang satu pinggan kenyang sampai ke tengahari. Tak percaya, sila cuba. 

Ronda-ronda lah Bandar Kluang, mesti seronok. Kalau rajin boleh lah terus ke Mersing. Kalau ada kesempatan leh ke Pulau Tioman. 

Pasal Tioman kolin cerita lain okay. Jangan lupa makan lontong darat di Kluang, Johor.

1 comment:

  1. paru tu nampak sedap, kak ana pun tak pernah rasa lagi, lontong darat ye, kering kan tanpa kuah lodeh Kolin :)

    ReplyDelete

loving me..loving you