Hey korang!
Tahun ini kan viral beli baju murah-murah aje untuk hari raya hari tu. Tapi baju mahal pun tetap ada juga yang beli. Cuma kolin ikut mood dan kemampuan pada masa itu lah. Baju mahal pernah merasa, baju murah pun merasa.
Tapi tahun 2023, Aidilfitri yang lalu kecoh pasal baju ekonomi dari MUAZ Wholesale Emporium.
Tak dinafikan, murah betul baju, tudung dan semua lah murah. Tudung RM5 pun ada. Terpulang kita saja nak pakai duit kita macam mana. Selendang biasa jual RM10 kan, tapi MUAZ ni RM4 pun ada tau.
So raya hari tu kolin beli lah satu. Kunun nak pakai raya aidilfitri. Tapi tak sempat, so Raya Aidiladha lah kita gayakan.
Kolin beli batik yang ada lace ini pada harga RM129 di MUAZ Wholesale Emporium. Dan kalau korang nak tahu, baju yang sama, warna yang sama RM290 ye kat luar.
Lagi best kain pario tu getah keliling. So kolin tinggal sarung terus wei. Tak payah hegeh-hegeh nak memintal pario yang terlepas-lepas tu.
Kain dia pula, selesa tak panas, senang gosok. Dan dengar kata kawan-kawan baju tu sekarang dah jatuh harga RM79 sahaja!! Adui...kalau ada rezeki pergi beli wei. Boleh pakai kenduri kawen atau jalan-jalan. Sebab kain dia memang selesa sangat dan warna pun lawa-lawa.
Dan kalau korang pandai, kain dan baju tu boleh mix and match dengan baju lain juga tau. Misalnya baju kebaya lace hitam kolin pakai dengan kain pario purple ini. Done!! Lawa eh...elok sangat.
Nasihat kolin, sebelum korang shopping mana-mana, pergi lah MUAZ Wholesale Emporium dulu.
Cuba tengok kalau ada yang sama lebih kurang tapi pada harga lebih berbaloi. Maklumlah zaman ni keras sis. Semua nak berjimat cermat. Tapi jimat pun kita tetap nak melawa kan.
Tak ada siapa akan tahu baju tu RM100 atau RM1000 kalau kita tak bagitahu. So nak beli tepuk poket atau dompet lah. Kalau kolin memang sejenis suka jimat-jimat dalam bab bergaya ni.
Jangan lupa shopping baju dari MUAZ Wholesale Emporium tau.
Senang jenis pario yg sarung je..tkde la risau terbuka kainnya..dpt harga murah lg jimat
ReplyDelete