Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REPVBLIK BAND INGIN CIPTA KENANGAN SEMPENA 19TH ANNIVERSARY REPVBLIK BAND LIVE IN KUALA LUMPUR

Sandiwara Cinta, Selimut Tetangga, Sayang Sampai Mati antara lagu-lagu popular kumpulan dari Indonesia iaitu Repvblik Band.

Sudah pasti peminat-peminat kumpulan muzik ini mengingati dan menghayati setiap bait-bait lirik lagu tersebut dan seringkali di pilih sebagai lagu kegemaran. 

Kini peminat-peminat di Malaysia jangan ketinggalan untuk bersama-sama dengan Repvblik Band yang hampir 9  tahun tidak turun ke KL. Kumpulan yang berasal dari Bogor, Indonesia ini akhirnya membuat keputusan membuat persembahan mereka di Kuala Lumpur pada Ogos 2023. 



Ianya bagi meraikan ulangtahun mereka ke 19 tahun di dalam industri. 

Konsert ini dibawa khas oleh Penganjur Aytie Management dan Boomset Planning yang bakal menyajikan semua peminat di Malaysia dengan pertembungan karya-karya baharu dan lama Repvblik Band termasuk semua lagu hits yang pernah melonjakkan nama mereka. 

Sebanyak 16 lagu akan dipersembahkan buat semua pada malam 11 Ogos 2023 nanti. Untuk yang belum beli tiket, boleh ke laman www.ticket2u.com.my/Repvblik bermula 3 Julai bermula jam 11.00 pagi. 

Semua yang nak  menyaksikan konsert Repvblik Band di Zepp Kuala Lumpur tiket bermula dari harga RM155, RM255, RM295, RM365 dan VIP Box pada harga RM4,800.

Buat pengetahuan korang, konsert yang diadakan ini memang mencabar kerana Repvblik Band terpaksa memilih lagu-lagu dan karya terbaik mereka dari semua album yang pernah dihasilkan. 

Memperjuangkan genre Pop Rock dan Rock Alternatif, sebanyak 8 album telah pun dihasilkan semenjak kemunculan pada tahun 2004 dan ada lagu baru lagi telah dihasilkan iaitu Sandiwara Lagi yang dihasilkan menerusi kisah cinta sebenar vokalis Repvlik Band iaitu Ruri Herdian Wantagio yang juga pencipta lagu ini. 

Persembahan malam itu juga bakal menampilkan Yuletta Yucha, TikTokers yang sedang meningkat naik sebagai penyanyi undangan pagi pembukaan konsert malam itu. Ada 4 buah lagu yang akan didendangkan termasuk satu lagu duet bersama Repvblik Band. 

Buat yang baru nak mengenali, band ini terdiri dari 4 orang ahli iaitu Ruri (vokalis), Lavy (bass), Tyar (keyboard dan backing vokal) dan Ei (gitar utama) yang telah bergiat aktif selama ni. 

Lagu Sandiwara Cinta merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 113 juta jumlah tontonan di platform youtube malahan serin menduduki carta lagu di stesen radio tempatan dan lagu-lagu dari Repvblik Band sering juga di putarkan di semua radio tempatan.

Untuk itu, korang jangan lepaskan peluang konsert di KL pada bulan Ogos nanti okay. 

Dengan kerjasama pasukan produksi di bawah Aytie Management dan Boomset Planning yang berpengalaman sudah tentu memberikan sesuatu yang hebat buat semua yang hadir nanti. Memori sudah tentunya manis kan.

Konsert 19th Anniversary Repvblik Live in Kuala Lumpur ini turut di sokong penuh oleh Hot FM, Bulletin FM dan Molek FM yang bertindak sebagai radio rasmi. 

Selain itu MRMY Malaysia (Mascot Rider Malaysia) dan Persatuan Busker Malaysia yang popular turut sama mempromosikan. 


 

Jangan lupa dengar stesen radio rasmi tu untuk memang tiket percuma!! 

KONSERT 19th ANNIVERSARY REPVBLIK LIVE IN KL, jangan lupa kita sama-sama pergi okay.
 

 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you