IPC Shopping Centre dengan sukacitanya mengumumkan sambutan pesta warisan turun-temurunnya dari Sweden untuk tahun keempat berturut-turut dengan kerjasama IKEA. Kerjasama menarik ini menyasarkan untuk membawa Percutian ‘Sweden’ kepada para pembeli yang meraikan pesta itu, dengan menawarkan pengalaman Sweden yang luar biasa. Mulai hari ini hingga 30 Julai 2023, pusat beli-belah itu akan menganjurkan pesta Pertengahan Musim Panas yang sememangnya terkenal dan penuh dengan keajaiban serta pelbagai aktiviti menarik khusus untuk para pembeli. Tahun ini, IPC berusaha untuk memeriahkan lagi acara sambutan dan mahu membawa para pembeli ke kawasan perkampungan Sweden yang indah menerusi pelbagai zon pengalaman yang membolehkan mereka merasai sendiri budaya serta keceriaan sambil merebut peluang untuk menebus pelbagai barangan eksklusif menerusi pembelian yang dikumpulkan.
IPC Shopping Centre turut menampilkan ruang pengalaman Pertengahan Musim Panas yang terletak di tingkat satu (Aras 1) di mana para pembeli akan dibawa ke pesta Pertengahan Musim Panas Sweden yang dihiasi dengan hiasan bunga-buangan dan mengikut tema. Tumpuan utama pesta itu, tiang ‘maja’ setinggi 9 kaki turut dipamerkan dengan hiasan bunga-bungaan di mana para pembeli boleh berpusing-pusing mengelilinginya bagi menarik tuah.
Para pembeli juga boleh menikmati pelbagai tawaran istimewa daripada bazar hujung minggu yang membawakan pelbagai jenama berbeza pada setiap minggu di ruangan Pertengahan Musim Panas ini. Pada hujung minggu, ibu bapa dan anak-anak boleh menyertai bengkel seni dan kraf sambil menikmati persembahan muzikal yang menghiburkan dan bergembira berinteraksi dengan maskot Små Club Buddy yang ditemani oleh Gadis Sweden semasa mereka melakukan sesi ramah mesra.
Pengarah Pemasaran IPC Shopping Centre, Vickie Loke berkata, “Pesta Pertengahan Musim Panas Sweden kembali lagi dan di IPC, kami ingin terus berkongsi warisan turun-temurun kami dari Sweden bersama-sama dengan para pembeli dan komuniti kami. Ini adalah tahun keempat kami menganjurkan pesta Pertengahan Musim Panas dan kami akan terus menyambut perayaan silang budaya Sweden ini pada tahun-tahun akan datang kerana ia telah menjadi salah satu perayaan kebudayaan ikonik yang sememangnya disukai dan dinanti-nantikan oleh para pembeli kami. Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk terus menjadikan IPC sebagai sebuah tempat pertemuan terbaik untuk para pembeli dan komuniti kami.”
“Sambutan ini memberi peluang kepada kami untuk memberikan penghormatan kepada warisan turun-temurun kami dari Sweden dan mengukuhkan kerjasama kami dengan IKEA. Kami amat berbangga kerana dapat memberikan pengalaman unik kepada para pembeli kami dengan menyatukan elemen-elemen terbaik kepelbagaian penawaran di pusat kami dengan budaya, masakan, reka bentuk, dan inovasi Sweden oleh IKEA. Dalam usaha kami untuk terus berkembang seiring dengan IKEA, kami benar-benar berharap agar dapat menganjurkan lebih banyak lagi pesta Pertengahan Musim Panas di masa depan,” beliau menambah.
Mulai dari 30 Jun hingga 9 Julai, sebuah Pasar Pertengahan Musim Panas juga akan ditempatkan di tingkat bawah (Aras G) di mana para pembeli boleh menikmati pelbagai hidangan dan tawaran hebat yang bertemakan musim panas Sweden. Pasar Pertengahan Musim Panas ini yang dijayakan dengan kerjasama IKEA, I-Eco dan Aeon Wellness menawarkan pelbagai hidangan enak Sweden kepada para pembeli serta pelbagai barangan keperluan musim panas seperti produk pelindung matahari, penjagaan kulit dan barangan menarik lain yang diperlukan para pembeli untuk bergembira di bawah sinar matahari. IPC Shopping Centre turut menawarkan pelbagai barangan eksklusif untuk para pembeli semasa Kempen Pertengahan Musim Panas IPC:
· Tebus e-baucar Pertengahan Musim Panas bernilai RM10 dengan pembelian minimum RM200
·Tebus Set Sarung Tangan Ketuhar dan Pemegang Periuk IPC dengan pembelian minimum RM800 (pembelian minimum RM600 untuk ahli Tack Club)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Pertengahan Musim Panas IPC Shopping Centre, sila kunjungi www.ipc.com.my/midsommar2023 dan ikuti IPC di Facebook dan Instagram untuk promosi, acara dan maklumat terkini.
wah menarik ni..asal ade voucher je semua menarik
ReplyDeletekak ana selalu sangat ada kat IPC, Ikea area2 sini sejak Adik Ika kerja di PJTC tuu.. menarik ni Kolin, thanks for sharing :)
ReplyDelete