Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MAJLIS GRADUASI #CALONSPM2023

Pantas masa berlalu, siapa sangka anak bujang kolin bakal menduduki SPM 2023 bermula Januari 2024 nanti. Ikutkan debaran memang "merimaskan" tapi ini lah laluan nak berjaya. Kolin ni memang sejenis kaki drama kalau ada benda-benda penting macam ini. Semacam 'gelabah' kalau bab anak-anak. Drama hahahah

Awal bulan Disember 2023 yang lalu, inisiatif pihak sekolah mengadakan majlis graduasi sebelum SPM bermula. Sangat manis kenangan yang mereka cipta. Ucapan tahniah buat semua pengurusan sekolah dan murid-murid yang terlibat. 


Merasa tengok anak pakai jubah, naik pentas dan memang nampak semua enjoy betul.

Bukan semua orang dapat merasai pengalaman seperti ini. Tiada lain kolin doakan buat Ali Imran dan semua rakan-rakan beliau agar berjaya dalam SPM 2023 dan semoga dipermudahkan mencapai cita-cita.


Jadi seorang insan berjaya dan berbakti kepada mak ayah dan masyarakat. 

Kalau korang nak tahu, masa tayangan video tu sempat lah aku nangis hahahahhaa.

MAJLIS GRADUASI #CALONSPM2023 telah pun tamat. Kini peperangan bakal bermula.

Selamat maju jaya anak-anak semua. Semoga terang hati menduduki peperiksaan kelak. 

Satu aje nak cakap...mami drama!!!




1 comment:

loving me..loving you