Assalammualaikum semua
Buat peminat bunga orked wajib datang sini wei. Kolin sebenarnya tak tahu pun tempat ini. Kawan-kawan duk search selepas trip glamping di ulu yam tuk lepak lunch. WORLD OF PHALAENOPSIS tempat terbaik weiii
Nak ke sini jalan dia tak susah, boleh waze sahaja. Tapi kalau pergi peak hours tu mungkin parking agak sukar. Tapi ada pegawai yang jaga parking, jadinya jangan risau.
Tempatnya lawa betul lah. Penuh bunga-bunga orked yang segar dan warna-warni. Gemuk-gemuk bunga orked macam kolin, sihat betul hahaha.
Harga dari murah sampai ke ratusan ringit pun ada. Pilih saja lah, warna pun banyak sangat. Rambang mata wei, memilih sampai berjam-jam masa tu ada promosi tau 8 pasu bunga orked cuma RM70 sahaja. Murah kan
Kalau harga macam ni, wajib beli oi. Kalau mati pun takpe sebab murah hahahaha. Kalau tak beli memang termimpi-mimpi nanti. So kolin ambil 3 pasu. Tapi setakat hari ini masih segar bugar lagi. Alhamdulillah
Tandas bersih, kawasan sekitar pun bersih. Laman dia memang di susun rapi. Kolin suka tengok landskap dan susunan kat sini. Dan kalau korang nak tahu, ada cafe tau kat sini.
Tiada tanda HALAL dan ianya menjadi tumpuan kaum tiong hua. Tapi ada sahaja pekerja mereka yang memakai tudung berasal dari Indonesia.
Kolin tanya siapa yang masak, pekerja di kata orang Indonesia. Tapi tak apa lah, kami order kek dan air sahaja.
Terpulang kepada memasing okay. Buat hari tu kebetulan kami berlima pula tak lapar. So kita melepak kopi + kek.
Tempat selesa dan cantik kalau nak OOTD atau melepak bersama kawan-kawan. Kalau lalu area Ulu Yam jangan lupa singgah okay.
Korang boleh tengok lah sosial media mereka di IG untuk maklumat waktu operasi dan juga sebagainya.
So dah siap shopping, perut pun dah kenyang tiba masa untuk pulang. Ingat nanti lagi seminggu nak raya boleh datang lagi beli orked lawa-lawa buat hiasan meja.
Ha masa tu boleh lah berlagak dengan semua hahahah. Jangan lupa pergi WORLD OF PHALAENOPSIS di Ulu Yam Baru okay.
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you