Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PERCUTIAN SINGKAT KE CAMERON HIGHLAND

Lama betul tak ke Cameron Highland. Hari itu kolin sekeluarga memang tak plan nak ke sana, punca nak cari durian, tapi tak semena-mena sampai ke Cameron Highland. Tiba pun dah 6.30 petang, mencari penginapan satu hal juga. Akhirnya buka Agoda ada jumpa penginapan bajet untuk kami sekeluarga. 

Menginap di Bed Station Guest, Marigold Square di Tanah Rata selesa juga. Disebabkan saat akhir, kolin menempah menerusi Agoda. Katil ada 2 katil double decker untuk 4 orang. Bilik air berkongsi lah. Dalam RM139.45 sahaja untuk satu malam. 

Di dalam tempat yang sama ada banyak kedai makan. Ada Watson, 7 eleven dan juga kedai Korea CU. So senang aje nak mencari makan. Nak jalan kaki ke Tanah Rata pun dekat aje sebenarnya. Parking macam biasa lah, parking rumah kedai kan. Selain itu selesa untuk kami sekeluarga. 

                       gambar dari AGODA

Inilah ruang bilik kami untuk 1 malam. Ada ruang kongsi untuk tengok TV dan bilik air ada 3 berkongsi. Pengalaman kolin pertama kali, okay saja. Selesa dan disebabkan kebanyakkan yang menginap melayu, jadinya tak lah bising atau ada yang pelik-pelik.

TIPS MENYIMPAN DUIT RM1 SEHARI

Assalammualaikum korang semua. Dah hujung tahun dah pasti banyak yang mengira simpanan yang tersorok kan. Selalu gagal nak konsisten dalam menabung. So tahun 2022 kolin cuba menabung RM1 sehari. 

Akui memang sukar konsisten tapi dengan niat yang betul semuanya okay aje. Akhirnya dah nak habis bulan Disember 2022, berjaya kolin kumpul RM365.00


 

CRYSTAL CROWN HOTEL, PETALING JAYA

Buat yang mencari tempat penginapan di Petaling Jaya, boleh lah cuba menginap di CRYSTAL CROWN HOTEL, PETALING JAYA yang terletak di Jalan Utara. Hotel ini dah lama sebenarnya. Beberapa kali kolin ke sini. Tapi saja berkongsi kali ini selepas PKP semua kan.

Boleh waze kalau nak ke sini dan parking guna touch n go. Nanti sebelum keluar bagi kad korang untuk keluar dari parking. So nanti tiada caj dikenakan. 


Bilik agak besar. Tak sempit, sesuai kalau menginap sekeluarga. 

PENGINAPAN SATU MALAM DI ESPIRA KINRARA, PUCHONG

Buat yang nak bercuti tapi tak mahu jauh-jauh, kolin nak cadangkan Espira Kinrara, Puchong. Bersebelahan dengan padang golf tu. Nak ke sana pakai waze sahaja dan parking kereta banyak, jangan risau. 

Cantik sangat tempat ini, sesuai untuk sekeluarga.

Kolin pergi untuk berbengkel satu malam. Tapi rasanya kena berkongsi dengan korang semua sebab tempat ini cantik sangat!

Kebetulan kolin dapat bilik yang berdekatan dengan pool. Jom kolin review bilik hotel di Espira Kinrara, Puchong.


 
Biliknya luas ada 1 katil queen dan 1 katil single. Laluan luas untuk ruang solat pun ada juga. 


Ada cermin besar juga kat sebelah tv. Plug banyak so tak berebut nak caj phone kalau kita check in dengan anak-anak.
 


Ada juga kettle dan keperluan kalau nak buat air panas. Ada sejadah dan seterika. Macam kolin datang berkursus senang dah. Boleh gosok baju.

Cuma sinki nya ada di luar. So bukan dalam bilik air. Bilik airnya sempit dan asing tempat mandi dan juga tandas. Agak sempit, tapi nak mandi atau nak memerut tak perlu berebut bilik air lah.


Buka sliding door bilik kolin terus ada kerusi meja di taman mengadap kolam renang. 


Kalau kolam orang dewasa sepanjang ruang bilik itu. 
 


Kolam untuk anak-anak pun best juga. Itu antara plus point yang seronok kalau bercuti kat sini. Ada taman permainan dalam kolam renang. Seronok kan.


Kolin rasa hotel ini antara penginapan yang sangat selesa. Nak booking boleh try Agoda, mungkin ada offer murah kan. Kalau walk ini selalu mahal sini.
 
Jom plan cuti sekolah ke sini. Murah tak banyak tol dan kos minyak. Boleh mandi pool dewasa dan kanak-kanak. Seronok tau.
 
Terima kasih baca post ini. Jangan lupa try staycation di ESPIRA KINRARA, PUCHONG ok

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN YEAR END ZAKAT 2022 (YEZ) OLEH PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (PPZ)

Assalammualaikum semua. Kita dah menghampiri bulan terakhir hujung tahun 2022. Dan buat yang masih tak mengenali Pusat Pungutan Zakat - MAIWP boleh lah ke laman web mereka www.zakat.com.my

Pada hujung minggu yang lalu, pihak PPZ MAIWP telah melancarkan Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) di AEON AU2, Setiawangsa. 

 


Kolin dan rakan-rakan sempat menyertai pelancaran Kempen YEZ 2022 ini bermula pada 26 November sehingga 31 Disember 2022 bertujuan mengalakkan orang ramai bagi menunaikan rukun Islam iaitu kewajipan berzakat sebelum tahun 2022 berakhir.


RESEPI MEE UDANG LIPAN

Sebenarnya ini kali pertama kolin masak mee udang tau. Bila tengok resipi yang orang kongsi tak lah susah sangat sebenarnya. Rasanya kalau korang nak cuba masak pun boleh. Kebetulan kolin ada borong udang lipan masa balik kampung hari tu. Nak makan sampai 5 kilo. Itu sebab kolin rebus udang lipan tu dan gunakan air rebusan sebagai kuah. Inilah rupa mee udang versi kolin bila dah dihidangkan

 

KL BEAUTY WEEK 2022 DI MIDVALLEY MEGAMALL KUALA LUMPUR

Terus terang kolin katakan beruntung gila bila dapat jemputan ke KUALA LUMPUR BEAUTY WEEK (KLBW) pada 5 & 6 November 2022 yang berlangsung di Mid Valley Convention Centre, Hall 3. bermula dari 10 pagi sehingga 10 malam ini ada pelbagai brand atau jenama termasuk antarabangsa untuk kita beauty lovers!


Event 2 hari tu memang kolin dapat tengok dan test banyak produk tau. Dari skincare, body care dan juga make up. dan paling best, pelbagai free gift tau. Pelancaran di adakan dengan penuh meriah dengan tema pink dan floral.
 
 
Korang boleh singgah semua booth dalam tu dan ikut laman sosial mereka dan sample diberikan percuma. Malahan kalau korang nak try produk pun boleh. 

GUNUNG JERAI

Kali terakhir ke Gunung Jerai, 4 tahun lepas. Saja ulang pengalaman kali kedua kali ini.

https://alialisakreatif.blogspot.com/2018/05/travel-gunung-jerai-yan-kedah-destinasi.html

Kali ini, bersempena Cuti Maulidur Rasul baru-baru ini, kolin sekeluarga sempat sekali lagi ke Gunung Jerai. Cuma kali ini melawat kawasan sahaja, bukan lah untuk bermalam. 

Ini keluarga sebelah suami kolin. Kakak sulung suami, kak minah bersama anak dan cucu. So kami naik 2 keluarga, 2 kereta.


Beauty Around The World (BATW) Guardian 2022 di Sunway Pyramid

 

GUARDIAN BAWA TREND KECANTIKAN TERKINI DAN PRODUK DARI SELURUH DUNIA UNTUK PELANGGANNYA DENGAN EKSTRAVAGANZA  BEAUTY AROUND THE WORLD    


Mulai sekarang hingga 28 November 2022, dapatkan pelbagai tawaran menakjubkan daripada ratusan jenama dan produk baru yang menampilkan trend kesihatan dan kecantikan terkini dari seluruh dunia termasuk Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Sepanyol, Singapura, Malaysia, Thailand dan banyak lagi di ekstravaganza ‘Beauty Around The World’ (BATW) Guardian 2022.

 


PAKAI INAI KUKU CHE TA

Hey korang, lama betul rasanya tak menaip kat blog ini. Baru ada mood nak menaip hari ini. Korang pernah pakai inai tak? Kolin rasa semua orang pernah pakai kan. Rindu pokok inai, rindu nak tumbuk inai dan bau dia yang fresh tu. Tapi sekarang terus-terang lah, tak ada nampak sangat orang menanam pokok inai. Kolin nanti nak pergi nursery lah cari pokok inai. 

Bercerita pasal inai, kolin baru-baru ini try pakai inai kuku che ta atau di lebih dikenali sebagai aktress popular yang sentiasa tampil menarik iaitu Rozita Che Wan. Tak dinafikan apa sahaja yang dikenakan oleh wanita hebat ini lawa. 

Tak ketinggalan kolin pun try lah inai dia. Ada dua color, satu maroon rose dan satu lagi merah red velvet. Kedua-dua warna kolin suka, jadi beli dedua. Harga RM15 sahaja untuk satu. 


FU RIN JAPANESE RESTAURANT DI GLENMARIE HOTEL SHAH ALAM

Buat peminat Japanese Cuisine atau Hidangan Makanan Jepun, yang masih mencari-cari kat mana nak mencuba tempat baru, boleh lah ke Hotel Glenmarie Shah Alam yang beralamat di 1, Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1, Shah Alam. Nak senang WAZE aje terus lokasinya, confirm sampai.

Selama ini tak tahu pun Fu-Rin Japanese Restaurat ada tau. Syukur bila tengok IG @glenmariehotel ternampak dan terus nak cuba. 


 

HAPPY BIRTHDAY ALISA MAISARA ~ semoga sihat selalu

Hey korang semua, 29.09.2022 hari khamis yang lalu tu birthday Alisa Maisara yang ke 13 tahun. Kebetulan hari mengambil kad laporan peperiksaan (report card day) mami dia pun selam sekali buat surprise kat dia. 

Terkejut dia tengok mami dia datang bawa hadiah dan kek. Tapi kawan-kawan dia tak ramai masa sampai. Sebab hari report card kan lepas berjumpa cikgu terus balik. 

 

UiTM DAN WANITA IKON SELANGOR MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA UNTUK MEMPROMOSI KESIHATAN PSIKO-SOSIAL MELALUI "ARE YOU OKAY CENTRE"

Termeterai sudah MAJLIS MENANDATANGANI SURAT HASRAT (LOI) di antara Universiti Teknologi MARA dan Wanita Ikon Selangor 2022 yang telah berlangsung di Ruang Legar, Aras 7, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajudin UiTM Shah Alam hari ini.


 

GUARDIAN Lancar Rangkaian Penjagaan Rambut, Mandian Badan dan Sabun Pencuci Tangan yang ‘Disahkan Halal’

 

Guardian Malaysia telah melancarkan rangkaian produk penjagaan rambut, penjagaan badan dan sabun pencuci tangan Guardian Essential yang disahkan ‘Halal’ oleh JAKIM Malaysia.

Anna Hull, Pengarah Komersil Malaysia dan Brunei merangkap Pengarah Jenama Sendiri (OB – Own Brand), Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara yang mengumumkan pensijilan tersebut berkata: “Pelanggan kami yang beragama Islam boleh menggunakan produk penjagaan rambut, penjagaan badan dan sabun pencuci tangan dalam rangkaian Guardian Essential kami dengan yakin kerana ia adalah 100% halal.” 

 


BUFET MAKAN MALAM ANTARABANGSA MENAMPILKAN BUFET FUSION JAPANESE ANTIPASTO DI RESTORAN ROYALE SONGKET, MARDHIYYAH HOTEL & SUITES

Sekali lagi Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam memberikan satu kelainan di dalam Bufet Makan Malam Antarabangsa atau International Buffet Dinner pada kali ini buat semua.

Restoran Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites, yang terletak di aras lobi mempunyai ruang yang selesa dan luas untuk seisi keluarga. Nak buat sambutan hari lahir, ulangtahun perkahwinan pun boleh juga. 



PENGINAPAN SATU MALAM DI CROWN REGENCY SERVICED SUITES, KUALA LUMPUR

Bersempena 31 Ogos 2022 yang lalu, kolin sekeluarga mengambil keputusan untuk menginap satu malam di CROWN REGENCY SERVICED SUITES, KUALA LUMPUR yang terletak di Jalan P. Ramlee.
 
31 Ogos merupakan tarikh kelahiran kolin dan tarikh ulangtahun perkahwinan kami yang ke 18 tahun.
 
happy anniversary for both of us

happy birthday to me! thk u suzi..for the cake

TAHNIAH 'MY DENTAL CARE' ATAS PEMBUKAAN CAWANGAN KE 13 DI JALAN MEDAN TUANKU 1, KUALA LUMPUR

Assalammualaikum dan salam sejahtera korang semua. 

MY DENTAL CARE, cabang perniagaan pergigian di bawah MDC Asia Link Berhad (MALB) telah secara rasminya membuka cawangan ke-13 Klinik Pergigian My Dental Care di Medan Tuanku, Kuala Lumpur. Cawangan ini yang terletak di tengah-tengah bandaraya segi tiga emas Kuala Lumpur ini senang untuk akses. 

Senang betul nak ke klinik ini. Ada kemudahan bas dan LRT yang membuatkan klinik pergigian ini terletak di lokasi yang sangat strategik. Tengah KL tau !

KRIM PELINDUNG MATAHARI, PURITY SUN ESSENCE SPF50++ DARI FACE REPUBLIC MALAYSIA

Pemakaian sunblock atau SPF sangat-sangat penting ya korang. Buat yang masih tidak ambil peduli, tolong lah buat research. Kalau tak nak mekap konon-konon tak suka, tapi SPF atau sunblock sila lah pakai wahai kawan-kawan. Baik yang lelaki atau wanita, pengunaan SPF atau sunblock sangatlah penting untuk kulit wajah kita. Benda yang pertama orang tengok adalah muka kan! 

PURITY SUN ESSENCE SPF50++

Kali ini kolin berkesempatan untuk review produk dari Face Republic Malaysia. Krim pelindung matahari Purity Sun Essence yang mempunyai perlindungan sehingga SPF50++ ini sesuai untuk digunakan oleh lelaki mahupun wanita. 

KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH - BOTOL AIR 2000ML MURAH DARI SHOPEE

Assalammualaikum korang semua. Korang yang selalu ada masalah nak minum air masak atau air putih boleh lah beli botol air ini. Kolin rasa sesuai lah untuk kita semua. Lagipun harga tak mahal mana. Siap delivery tak sampai RM25 tau. Murah kan. Nak beli boleh klik link ini

https://shope.ee/4V0IaLUpaS


Siap dengan start good morning dari jam 9.00 pagi sehingga 9.00 malam untuk kita perlahan-lahan habiskan 2000ml air putih untuk sehari. 

BERKHEMAH DI PANTAI BAGAN LALANG SEPANG, SELANGOR

Hai korang semua. Pertama kali kolin sekeluarga ke camp site di Bagan Lalang ni. Selalu kena racun tengok posting kat FB tu, tapi kali ni kolin sekeluarga pergi sebab jiran kami nak berkhemah tapi tak ada pengalaman. So kami sekeluarga berbesar hati nak kongsi pengalaman sesama. Lagipun kalau nak beli barang-barang berkhemah kan mahal. So kita guna sama sahaja. No problem sangat lah!

Sampai jam 10.30 pagi, dari Avani kolin ke sebelah kiri. Ikutkan kanan dan kiri ada campsite. Tapi kolin memilih ke sebelah kiri. Bila dah diperhatikan, pantai sebelah kiri lebih landai dan sesuai. Sebelah kanan tu dia menurun sikit. Memang dalam dan agak bahaya tuk anak-anak. Belah kanan banyak restoran dan chalet juga. Ikut korang lah. Tapi yang kolin memilih dari Avani ke sebelah kiri, terusssss sahajaa. Ada kampung orang asli situ..

jangan lupa sunblok dan topi sistur..panas oi

istana sangkut kami untuk 1 malam

URUTAN TRADISIONAL MELAYU DI MANJA SURI HOMESPA, KUALA LUMPUR

Urutan Melayu ~ dah lama kan kita tak dengar. Kolin bab urut-urut ni memang agak cerewet sikit memilih tempat. Dan kali ini memang rezeki kolin dapat satu tempat urutan tradisional melayu yang dikendalikan oleh pemiliknya sendiri iaitu Puan Eisya  yang berusia 40 tahun. Muda lagi, dan mendapat bakat dari nenek dia seorang bidan dulu. Memang kolin suka sebab tak sakit sangat dengan dia ni. Sakit tu tetaplah sebab otot-otot kolin kan dah keras. Tapi tak la sesakit yang pernah kolin cuba berurut dulu-dulu. 

ni lepas urut tau...
 

Teruja tengok wanita muda ini yang masih mengekalkan tradisi urutan melayu bagi membantu para wanita yang mengalami masalah macam kolin. Seminggu demam seram sejuk tau.

 

NOIR MEMPERKENALKAN SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES - INOVASI TERBARU DARI NOIR HEALTH & BEAUTY SDN. BHD

 

Tahniah NOIR!!


Pada 28 Julai 2022, Khamis lalu kolin dijemput ke Boathouse, Flamingo Hotel Ampang meraikan pelancaran produk inovasi terbaru dari jenama terkenal tanahair iaitu NOIR

Buat korang yang sentiasa mengutamakan kecantikan dan keremajaan kulit memang yang ini memenuhi kehendak para wanita di luar sana, patut cuba yang ini. 

bersama pengasas NOIR - Madammu dan team