Hey korang semua, 29.09.2022 hari khamis yang lalu tu birthday Alisa Maisara yang ke 13 tahun. Kebetulan hari mengambil kad laporan peperiksaan (report card day) mami dia pun selam sekali buat surprise kat dia.
Terkejut dia tengok mami dia datang bawa hadiah dan kek. Tapi kawan-kawan dia tak ramai masa sampai. Sebab hari report card kan lepas berjumpa cikgu terus balik.
Dah besar dia, genap 13 tahun. Masa ni ramai dah balik masa ambil report card. Itu aje lah kawan yang tinggal. Lepas tu lisa meronda satu sekolah bagi semua kawan-kawan kek tu.
Alhamdulillah dia dapat NO. 1 dalam kelas tau. Memang dia cakap hadiah terbaik dia sempena hari lahir.
Semoga anak mami terus maju jaya dan berada dalam lindungan Allah Taala selalu.
Auntie Suzie belanja dia donut sedap sempena birthday dia. Suka sangat dia, makan sorang wei hahah. Thank you babe, selalu belanja anak2 aku. Semoga murah rezeki suzie selalu..
Sempat dia tayang result dia. Cikgu pun banyak puji Alisa, anak murid yang banyak menyenangkan semua cikgu.
Lega mami dengar, HAPPY BIRTHDAY ALISA MAISARA~ semoga sihat selalu, sukses, berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, dipermudahkan urusan dan murah rezeki selalu..Amen.. Amenn
Terima kasih baca blog kolin!
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you