Termeterai sudah MAJLIS MENANDATANGANI SURAT HASRAT (LOI) di antara Universiti Teknologi MARA dan Wanita Ikon Selangor 2022 yang telah berlangsung di Ruang Legar, Aras 7, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajudin UiTM Shah Alam hari ini.
Berlangsung di dalam majlis yang penuh sederhana, Surat Hasrat ini ditandatangani oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM bersama Wanita Ikon Selangor 2022 - YBhg. Datin Erni Dekritawati Yuliani Buhari atau lebih dikenali Datin Rita Sosilawati.
YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM
Turut hadir bersama-sama ialah YBrs. Puan Wan Noraini Wan Yusoff, Pengarah Pusat Keraya & Kaunseling BHEP, YBrs. En. Wan Ahmad Rahiman Wan Abd Rahim, Timbalan Pendaftar BHEP serta YBrs. En. Rasydan Mohd Hassan, Yang Dipertua MPP UiTM.
Antara objektif utama penubuhan "ARE YOU OKAY CENTRE" adalah sebagai medium interaktif sesama warta UiTM yang terdiri daripada golongan pelajar dan kakitangan dalam berkongsi masalah yang menyumbang kepada tekanan dan masalah mental.
Pusat ini juga akan bertindak dalam membantu mencadangkan saluran yang betul kepada pihak yang berkaitan untuk diambil tindakan. Sudah pasti setiap individu ada masalah dan ada kalanya tidak tahu mana salurang yang betul untuk penyelesaian yang baik. Selain itu 'ARE YOU OKAY CENTRE' juga bakal berfungsi sebagai tempat bagi aktiviti-aktiviti sihat minda di kalangan warga UiTM dan komuniti setempat.
Usaha dan hasrat penubuhan 'ARE YOU OKAY CENTRE' akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat. Penglibatan Wanita Ikon Selangor 2022, Datin Rita Sosilawati menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) adalah satu usaha 'giving back to UiTM' sebagai Wanita Ikon Selangor 2022.
Wanita hebat ini adalah salah seorang Alumni UiTM dan begitu teruja untuk bersama-sama menjayakan hasrat ini.
Kolin percaya setiap individu ada masalah dan kini UiTM melangkah dengan lebih maju dengan adanya pusat ini bagi membantu pelajar dan kakitangan yang mengalami pelbagai masalah.
Semoga usaha murni ini berpanjangan dan dapat membantu semua dan akan datang masyarakat setempat juga.
Selamat maju jaya buat UiTM dan Datin Rita, semoga terus sukses di masa hadapan.
UiTM DAN WANITA IKON SELANGOR MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA UNTUK MEMPROMOSIKAN KESIHATAN PSIKO-SOSIAL MELALUI "ARE YOU OKAY CENTRE"
Tahniah Datin Rita & UiTM ! Good job !
ReplyDeletesebagai ex uitm bangga kan
Delete