Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

FU RIN JAPANESE RESTAURANT DI GLENMARIE HOTEL SHAH ALAM

Buat peminat Japanese Cuisine atau Hidangan Makanan Jepun, yang masih mencari-cari kat mana nak mencuba tempat baru, boleh lah ke Hotel Glenmarie Shah Alam yang beralamat di 1, Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1, Shah Alam. Nak senang WAZE aje terus lokasinya, confirm sampai.

Selama ini tak tahu pun Fu-Rin Japanese Restaurat ada tau. Syukur bila tengok IG @glenmariehotel ternampak dan terus nak cuba. 


 

Chef Gan atau nama penuh Chef Abdul Ghani Bin Sulaiman yang bertanggungjawab menyediakan pelbagai jenis hidangan asli dari Jepun ini sememangnya mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun dalam menjadi Fu-Rin Japanese Restaurant antara yang patut korang cuba. 



 

Hidangan pertama (appetizer)"Chef Special Dish" kami dihidangkan dengan:

1. Salmon Roll with cucumber - wasabi mayo dressing

2. Roll Mango with avocado - (topping: ikura, dill and fresh wasabi)

3. Maguro Tataki With Salsa Sauce (yang ini sedap, mangga manis tu blend in sangat)

Hidangan kedua yang memang kolin rasa super duper berbaloi untuk dine in di Fu-Rin adalah FuRin Bento yang berharga RM99 sahaja. Portion yang cukup besar ini boleh makan 2 pax sebenarnya. Banyak!!! Terkial-kial kolin nak abiskan sebenarnya. Penjimatan hebat kalau korang nak try makan di Fu-Rin untuk pertama kali. 



Dalam FuRin Bento tu ada:

1. shashimi

2. tempura

3. grill saba

4. chicken teriyaki 

5. salad

6 miso soup 

dan ada a few lagi. Korang boleh lah rujuk gambar dan video yang sempat kolin kongsikan di IG, FB dan tiktok kolin. Memang korang kena datang cuba!! Datang berdua, dating, catch up times dan sure tak akan menyesal dengan pilihan tempat ini. 

Untuk kak anie pula dia order enoki (straw mushroom) teppayanki RM18, portion macam biasa ye, banyak!!! Dan satu lagi hidangan Tempura Moriawase (mixed tempura) RM55, ada udang, ubi, sayuran dan pelbagai lagi. Portion memang kena makan 2 ke 3 pax tau! Sila ajak kawan makan sesama okay.


 

Ini detail untuk korang:

Fu Rin Japanese Restaurant

Bermula dari jam 12.00pm sehingga 10.00pm

Tutup setiap ISNIN

Lunch 12.30pm sehingga 2.30pm

Dinner 6.00pm sehingga 9.30pm

Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi 012-3999092/03-78025200 

Email info@glenmarie.com.my

https://www.glenmarie.com.my

Kolin harap dengan perkongsian ini, korang yang suka kan tempat baru untuk cuba dan dine in akan datang ke Fu-Rin. Boleh aje buat tempahan dulu kalau nak lebih selesa. 

Satu lagi ruang parking kereta FREE. 

REVIEW IKHLAS 

Secara jujur, kolin suka sangat suasana dan makanan di hidang kat sini. Dengan chef melayu yang peramah dan pelayan yang sentiasa peka nak tambah air teh hijau kita tu. 

Toilet pun ada dalam restoran aje, tak perlu keluar jauh-jauh. Dan paling penting kalau korang ada request apa hidangan jepun yang korang teringin, Chef Gan boleh sediakan. Maknanya yang tiada dalam menu pun boleh request. Tapi baik korang call awal-awal minta, takut bahan tak ada kan. 

Selain itu, harga pun sesuai dengan tempat dan hidangan. Tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Nak pergi..try FuRin Bento dulu makan berdua. Mesti korang rasa berbaloi. 

Jangan lupa cuba FU RIN JAPANESE RESTAURANT DI GLENMARIE HOTEL SHAH ALAM okay


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you