Hey korang, lama betul rasanya tak menaip kat blog ini. Baru ada mood nak menaip hari ini. Korang pernah pakai inai tak? Kolin rasa semua orang pernah pakai kan. Rindu pokok inai, rindu nak tumbuk inai dan bau dia yang fresh tu. Tapi sekarang terus-terang lah, tak ada nampak sangat orang menanam pokok inai. Kolin nanti nak pergi nursery lah cari pokok inai.
Bercerita pasal inai, kolin baru-baru ini try pakai inai kuku che ta atau di lebih dikenali sebagai aktress popular yang sentiasa tampil menarik iaitu Rozita Che Wan. Tak dinafikan apa sahaja yang dikenakan oleh wanita hebat ini lawa.
Tak ketinggalan kolin pun try lah inai dia. Ada dua color, satu maroon rose dan satu lagi merah red velvet. Kedua-dua warna kolin suka, jadi beli dedua. Harga RM15 sahaja untuk satu.
Nak pakai pun senang aje pada kolin. Just sapu guna muncung besi yang disediakan tu dan picit sikit-sikit ikut kita sendiri.
Comel aje sebenarnya. Boleh letak dalam handbag kalau nak pakai bila-bila masa.
Nak pakai pun mudah aje, just gunakan muncung besi tu dan picit sikit-sikit ikut kita sendiri.
Lepas sapu kat semua kuku jari. Korang biarkan dia kering sendiri okay. Jangan risau dia tak tumpah atau meleleh.
Nanti bila dah kering dia akan jadi macam ini. Korang tak perlu basuh pun, kopek terus wei..
Taraaa...dah siap pun. Itu sahaja cara pengunaan inai kuku che ta. Simple dan rasanya korang kena pakai molek-molek sendiri. Macam kolin nak cepat, dan pakai tak lama mana. So pakai molek-molek, hasil dia akan molek.
Yang pasti tiada bau pelik-pelik ya. Lepas tu pudar memang cepat lah kalau asyik main air. Tapi korang boleh aje top up berkali-kali. Sebab satu bekas kecil tu boleh sapu banyak kali. Kolin siap pakai kat kuku kaki dan tangan. Lepas tu repeat lagi. Lepas tu kawan pun pakai, pun ada lagi. Lambat habis.
Berbaloi lah harga RM15 tu pada kolin inai kuku che ta ini. Siapa yang teringin boleh lah cuba beli satu dulu. Jujur kolin review, produk ini okay, harga pun okay. Ni bukan sponsor tau, beli pakai duit sendiri. Cuma terasa nak review lak kat blog sebab benda ni cute dan sesiapa yang nak berinai tu boleh lah mencuba.
Terima kasih baca entri "pakai inai kuku che ta" hari ini. Jaga diri okay. Babai.
Kak Sue tak minat sangat pakai inai, tapi tengok orang pakai cantik je.. seksi pun ye.. hahaha..
ReplyDelete